0⃣9⃣ - Dream or Memory?

382 52 25
                                    

Suasana sana petang menerpa pemandangan ku , aku tersenyum melihat suasana ini. Suasana waktu petang merupakan waktu kegemaran ku , sehingga sekarang. Aku tidak tahu mengapa tetapi yang pasti aku amat menyukai tempat ini. Aku melangkahkan kaki ku ke hadapan dan kemudian langkah ku terhenti apabila suara teriakan seorang kanak kanak kedengaran.

"Huaaaa!~ hyung , hyung kat mana?" Aku memandang ke arah pemilik suara itu , seorang kanak kanak dalam lingkungan 10 tahun kelihatan sedang tercari cari.

"Hyung! Janganlah tinggal kita , huaaa hyung kat mana" aku hampir tertawa melihat wajah lucu kanak kanak itu kerana menangis.

Dia tengah cari hyung dia , hmm hyung dia ada kat mana?patutkah aku tegur budak tu?

"Hyung kat sinilah , janganlah nangis" kemudian muncul lagi seorang kanak kanak yang kelihatan sama besar dengannya.

Aku terkedu melihat wajah kanak kanak yang baru muncul itu.

Aku pernah melihat wajahnya

Dia adalah.............

Setelah lama tidak sedarkan diri akhirnya Jisung mulai terjaga. Dia memegang kepalanya yang terasa pening dan sakit.

"Akhh"

Felix yang hampir tertidur di sofa sebelah kiri Jisung itu terjaga kerana suara seseorang. Dia mulai berasa mengantuk kerana telah lama menunggu Jisung untuk sedar.Lalu dia menggosok kedua dua matanya dan memandang ke arah Jisung yang kini sedang menunduk sambil memegang kepalanya yang terasa pening.

"Hyunjin!" Panggil felix , dia masih mengingati pesanan hyunjin. Hyunjin berpesan agar memanggil dirinya jika Jisung terjaga daripada pengsan.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi tapak kaki seperti sedang berlari tergesa gesa. Jisung pula tidak mempedulikan bunyi itu , dia masih memicit dahinya kerana berasa pening sambil menutup mata. Perlahan felix bangkit lalu mendekati Jisung.

"Errrmm-" belum sempat felix ingin berkata , hyunjin yang sedang memakai apron tiba tiba muncul dan memotong kata kata felix

"OI HAN KAU DAH SEDAR KE?!!"

Jisung berasa lebih pening apabila mendengar suara hyunjin yang bising. Felix pula menepuk dahinya , dia berasa kasihan melihat Jisung yang kini bertambah pening. Dia berasa menyesal memanggil hyunjin tadi , kalau bukan kerana panik dia tidak akan memanggil hyunjin tadi.

"WEYH AKU TANYA NI , KAU DAH SEDAR KE?!!"

❇❇❇❇

"Ok ok sorry sorry" hyunjin meminta ampun setelah Jisung melempar sebuah kusyen ke arahnya kerana terlalu bising

"Huh , eh?! Kau ni Siapa?" Tanya Jisung setelah rasa peningnya mulai kurang.

"A-aku-" sekali lagi hyunjin memotong kata katanya

"OMG!! Aku lupa tentang makanan aku tadi!! Btw dia felix!" Kata hyunjin lalu berlari ke arah dapur untuk memeriksa makanannya yang mungkin telah terlebih masak sekarang.

"Err haah aku felix" jawab felix , Jisung hanya mengangguk kemudian berdiam diri. Suasana canggung mulai muncul dan mengambil alih. Kedua dua itu hanya berdiam diri , hanyut dalam fikiran masing masing.

"Dah berapa lama aku pengsan?" Tanya Jisung setelah berdiam diri seketika.

"Ha? Oh emm lebih kurang 1 eh 2 jam lebih kot , OH NO!! habislah aku!. Errr aku balik dulu , bye" felix yang baru teringat dia telah berada lama di sana.

[C] Tell Me || Stray KidsWhere stories live. Discover now