2️⃣9️⃣ - The Truth Revealed

293 41 7
                                    

Mereka menaiki kereta menuju ke stesen keretapi. Setelah beberapa jam di dalam gerabak keretapi , mereka akhirnya tiba di tempat yang mereka ingin tuju. Changbin yang ditugaskan untuk melihat GPS tiba tiba berasa pelik apabila tidak ada sebarang pergerakan yang dilihat pada skrin telefonnya.

Titik merah yang sepatutnya menjadi tempat di mana Felix berada kini sudah tidak bergerak. Ini bermaksud felix sudah tidak ke mana mana lagi. Tetapi entah mengapa dia berasa seperti ada udang disebalik batu. Tidak mungkin felix meninggalkan telefonnya dimana mana.

Dia hanya mampu berharap agar felix kini telah selamat ditemui oleh jisung ataupun youngjin. Tetapi dia juga menyedari sesuatu bahawa jisung masih tidak menghubungi mereka. Dia melihat ke arah rakan rakannya yang lain , mereka masih sibuk mencari kenderaan untuk menuju ke tempat terakhir Felix berada.

"Korang , titik merah tu dah berhenti" ujar changbin.

Separuh daripada mereka menghembuskan nafas lega. Mereka menyangka mungkin felix telah selamat tetapi tidak bagi hyunjin dan seungmin.

"Ada yang tak kena" kata seungmin dan hyunjin serentak. Changbin hanya mengangguk.

"Apa yang tak kena?" Soal minho tidak memahami maksud mereka bertiga.

"HYUNG Cepat! Chan hyung ngan woojin hyung dah dapat dua teksi ni!" Panggil jeongin secara tiba tiba sehingga menyebabkan tiasa sesiapa yang sempat menjawab pertanyaan minho sebentar tadi.

Dengan segera mereka berempat berlari menghampiri jeongin , woojin dan chan. Mereka berpecah kepada dua. Seungmin , woojin dan jeongin menaiki teksi pertama. Manakala chan , minho , changbin dan hyunjin menaiki teksi yang kedua.

Mereka memberitahu lokasi yang ingin mereka tuju dan meminta agar pemandu teksi tersebut bergerak dengan pantas. Dalam perjalanan tersebut seungmin kelihatan gelisah menyebabkan woojin dan jeongin berasa risau terhadapnya.

"Kenapa ni hyung?" Soal jeongin

"Aku tak sedap hatilah" ujar seungmin. Jeongin dan woojin mengerutkan dahi mereka.

"Maksud kau?" Soal woojin.

"Tadi changbin hyung kata isyarat felix berhenti lepastu jisung masih tak bagitahu apa apa berita tentang diorang" kata seungmin.

"Mungkin felix berhenti sebab jisung dan jumpa dia kot" teka jeongin yang berharap agar kata katanya itu benar.

"Tapi diorang kena kejar oleh orang jahat. Takkanlah diorang tak lari dan selamatkan diri." Kata seungmin lagi menyebabkan woojin dan jeongin terdiam.

"Ahjusshi boleh tolong lajukan sikit kereta ni , kitaorang tak boleh terlambat" ujar woojin yang mendapat anggukan daripada pemandu van tersebut.

💎💎💎💎

Jisung memandang marah terhadap seseorang yang kini berdiri dihadapannya dan Felix. Jisung dan Felix tidak mengenali siapakah orang tersebut dan apa tujuan orang itu menculik mereka berdua. Orang itu memandang mereka dengan pandangan yang merendahkan mereka berdua.

Mereka berdua kini diikat dan dikurung di dalam sebuah rumah lama yang telah ditinggalkan. Isi dalam rumah itu juga kelihatan telah lama , hanya terdapat beberapa kerusi lama dan sebuah meja kecil lama didalam ruang tersebut.

"Woi! Orang tua! Kau siapa hah?! Apa yang kau nak dari kitaorang?! Kalau duit , kitaorang takda duit so apa kau nak hah?!" kata jisung dengan beraninya.

orang yang menangkap mereka itu berasa sedikit geram kerana diremehkan oleh jisung. Lalu dia mengawal perasaan marahnya dan tersenyum sinis kepada jisung.

"Aku nak dapat balik hak aku" ujar orang itu menyebabkan Felix terdiam sambil memikirkan maksud orang tersebut. Tetapi tidak bagi jisung , dia malah membalas kata kata orang tersebut.

"Kau ada hak ke?! Aku tak tahu pun yang penculik ada hak ke aku yang bodoh" ujar jisung yang sedikit mengarut. Suka betul menyakitkan hati orang yang menculik mereka itu.

Felix memandangnya terkejut. Dia menyangka jisung boleh menjadi berani seperti ini. Padahal dia masih mengingati bahawa dahulu semasa mereka masih kecil , jisung merupakan seorang yang penakut dan mudah terkejut. Tetapi nampaknya jisung kini sudah berubah.

Brak!

Orang itu menumbuk meja yang berada ditepinya. Menyebabkan jisung dan felix sedikit tersentak. Nampaknya orang itu marah terhadap jisung yang daripada tadi bersikap kurang ajar terhadapnya. Orang itu tertawa sinis , menyebabkan mereka berdua meremang.

"Kau nak tahu hak aku apa?" Soalnya tetapi tidak dijawab oleh felix dan jisung.

"Hak aku untuk balas dendam. Korang nak tau sesuatu tak? Sepatutnya korang berdua ni dah mati dengan eomma dan appa korang tapi tak sangka nasib korang baik eh" Jisung dan felix terkejut mendengar kata kata orang tersebut.

"T-takkanlah i-itu bukan ke-kemalangan" kata felix menyebabkan orang itu tertawa sinis.

"Brilliant and yeah , aku yang rancang kemalangan tu eh tak bukan kemalangan tapi pembunuhan HAHAHA" orang itu menjawab sambil tertawa.

Felix menggengam penumbuknya sambil menunduk. Lalu orang tersebut , menoleh ke arah jisung lalu tersenyum sinis. Dia mendekati jisung yang sedang terdiam itu.

"Dan kau" orang itu menolak dahi jisung dengan menggunakan jarinya. "Kau pun menyusahkan. Kenapalah kau tak mati je dengan keluarga angkat kau tu" katanya menyebabkan jisung memandang nya terkejut.

"K-kau" jisung tidak mampu menghabiskan ayatnya.

"Ya aku juga yang buat supaya kau dan keluarga kau kemalangan semasa nak jemput budak ni" katanya lalu menunjuk ke arah felix.

"TAK GUNA! BODOH! SIAL!" Carut jisung sekuat tenaga setelah mengetahui perkara tersebut.

Selama ini dia menderita tidak mengingati apa apa dan semuanya disebabkan oleh orang yang sedang berdiri dihadapannya ini. Dia yang selama ini menyangka bahawa perkara tersebut berlaku kerana nasib buruk tetapi sebenarnya telah dirancang!

"HAHAHHA" orang itu tertawa dengan keras melihat jisung yang kini meronta ronta agar dilepaskan.

Kreak

Pintu dibelakang orang tersebut dibuka. Orang itu menoleh dan mendapati pengikutnya baru sahaja memasuki ruangan tersebut. Pengikut nya itu membisikkan sesuatu. Lalu mereka berdua meninggalkan jisung dan Felix diruangan tersebut.

"WOI! LEPASKAN KITORANG LAH TAK GUNA!" Marah jisung sambil meronta agar dilepaskan oleh orang tersebut.

Felix hanya mendiamkan diri. Dia tidak menyangka bahawa orang tuanya dibunuh dan jisung juga hampir terbunuh. Felix lalu menoleh ke arah jisung dan jisung masih meronta agar dilepaskan.

Felix tersentak melihat air mata jisung yang tiba tiba mengalir perlahan. Jisung menangis! Ingin sahaja Felix menenangkan saudaranya itu tetapi dia tidak dapat melakukan apa apa ketika ini.

"Jisung , stop. Nanti tangan kau sakit" kata felix perlahan sambil memandang pergelangan tangan jisung yang kini merah kerana bergeser dengan tali yang mengikat tangannya.

"Hiks kenapa?" Soal jisung sambil teresak sedikit.

Hatinya sakit mengetahui fakta bahawa orang tersayangnya mati dibunuh. Sudahlah selama ini dia tidak mengingati mereka. Ketika ini dia seperti di tampar oleh kenyataan yang begitu pahit dan menyakitkan.

TBC

Apa pendapat korang tentang chapter ni?

Harap harap tak bosan :") , tapi thanks sebab baca. ❤️ Bye!

Vote and Comments

[C] Tell Me || Stray KidsWhere stories live. Discover now