1

4.2K 67 7
                                    

Seorang perempuan berdiri dihadapan cermin untuk melihat penampilan dirinya hari ini.

"Okayy! Semua dah!" balas perempuan itu bersemangat.

"Eh eh, purdah mana purdah?" soalnya bersendirian.

Di selongkar nya semua almari yang berada di biliknya itu dan akhirnya dia melepaskan keluhan lega bila dia melihat purdah nya itu terdampar dia atas katil. Terus dia menepuk kuat dahinya.

"Adoii, macam mana boleh lupa ni?" sambil mulutnya terkumat-kamit mengutuk diri sendiri, dia berjalan ke arah katilnya dan mengambil purdah itu.

"Syarifah Imani Aaliyah!! Apa yang kau buat lama sangat tu?!" marah kakaknya.

"Kejap kejap. Ni tengah pakai purdah ni. Okay dah siap!!" jerit Aaliyah balik.

Selepas sahaja dia mengenakan purdah ke arah wajahnya, dia terus berlari dari tingkat atas hingga tingkat bawah. Sebenarnya, rumah dia ni ada lift, tapi tu lah, panic sangat sampai turun pun guna tangga dengan kain yang labuh.

Tercungap-cungap nafas Aaliyah lantaran terlampau gegas.

'Tu lah kau Al, ada lift, kau guna tangga kan dah jadi macam ni' marah Aaliyah pada diri sendiri didalam hati.

"Apa lagi yang tengah berangan tu? Eyyy! Kecik besaq kecik besaq angah tengok kau tahu? Cepatla dah lambat ni" marah angahnya.

"Sabar leh tak? Tak menyabar langsung. Baru je pukul 7 pagi kan?" sindir Aaliyah.

"Kepala hotak kau! Angah ada tugas la pagi ni" bidas angahnya.

"Haa!! Yelah yelah" Aaliyah menjawab malas.

Baru sahaja Irine, a.k.a angah kepada Aaliyah, hendak membuka mulut untuk membebel, Aaliyah dengan lebih pantas memotong.

"Dah! Tak payah nak membebel, dah masuk dah pun. Cepat aah jalan. Kata lambat kan?" perli Aaliyah lagi.

Irine hanya menjeling Aaliyah geram.

Dengan kalimah 'Basmallah' Irine menekan pedal minyak untuk berjalan.

Meanwhile

Seorang lelaki yang sedang menilik tubuh nya yang tegap dan penampilan nya dihadapan cermin sudah tersenyum puas dengan penampilan nya.

Sebelum keluar dari biliknya yang luas dan besar itu, sempat lagi dia mengambil serban miliknya dan dililitnya ke arah songkoknya. Setelah berpuas hati dengan serban yang dililitnya tadi, dia keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur.

Setibanya didapur, dia duduk dan makan sarapan yang terhidang di atas meja bersama dengan keluarga nya.

"Long! Hantar adik ea? Pak Ali hantar ibu ngan ayah pi office la. Jangan nak mengelat" arah Hanez selaku adik kepada lelaki itu.

"Eh eh budak kecik ni. Pernah ke adik nampak along mengelat? Tanpa sebarang sebab-sebab yang tertentu?" bidas lelaki itu.

Hanez sudah tergeleng-geleng sambil tersengih.

"Fawwaz lepas ni nak ke mana?" soal Puan Sri Nissa selaku ibu kepada Redzuan.

"Laa, nak gi sekolah la nak pergi mana lagi, bu?" balas Redzuan polos.

"Tak lah! Maksud ibu, lepas balik sekolah ni ada ke mana-mana tak? Busy?" soal Puan Sri Nissa lagi.

"Balik je terus. Kenapa bu?" soal Redzuan balik.

"Tak de, ibu nak masak makanan kegemaran kamu semua la" ujar Puan Sri Nissa dengan riang.

Semua yang berada di meja makan itu terus memandang ibunya dengan pandangan tak percaya.

Kau imamku, Aku makmummuWhere stories live. Discover now