Penyelia Baru

346 16 0
                                    

"Assalammualaikum Syazryna. Saya Puan Norain dari Syarikat Megah Berhad ingin memaklumkan bahawa penyelia baru akan mula melakukan lawatan kawasan ya."

"Terima kasih puan"

Syaz segera bergegas ke bilik rehat pekerja untuk menyampaikan berita terkini hiburan sensasi kepada semua pekerja yang ada.Selama sebulan ini mereka merasa resah apabila tersebarnya khabar angin bahawa pertukaran pengurusan akan berlaku dalam waktu terdekat.

"Assalammualaikum korang.Aku nak bagitau ni.HQ call inform penyelia baru akan lakukan site visit mulai minggu ini.Turn kita tak taulah bila tapi aku mintak semua standby siap-siap pakai tag,uniform dan kasut,"

Lancar Syaz memberikan arahan kepada pekerja di situ sewaktu diadakan perjumpaan tergempar.Memang Syaz tidak akan berprotokol dengan pekerja di bawah kendaliannya kerana dia tidak mahu ada jurang diantara mereka.
Sehingga petang menjelang namun bayang penyelia baru belum lagi kelihatan.

Mereka bersiap-siap untuk balik kerana waktu bekerja hampir tamat.Sedang elok mereka berada di pos pengawal sebuah hilux membelok masuk.Mamat mana pulak nie?Seketika kemudian muncul wajah sipemandu hilux tersebut dari sebalik cermin yang diturunkan.

"Assalammualaikum.Ni semua pekerja kat sini ke?"

"Er..ya.Kenapa?"

"Saya Encik Zack.Penyelia baru kamu semua.Boleh kita jumpa sekejap?"

Syaz memandang pada Min dan Laila.Waktu bekerja sudah berlalu dan Syaz tiada hak untuk meminta mereka tinggal sebentar.Syaz meminta mereka berdua agar pulang dahulu namun mereka lebih memilih untuk tinggal menemaninya.

"Encik Zack parking la kat sana dulu.Nanti saya datang"

Lelaki yang bertopi dan berjaket itu hanya mengangguk dan segera berlalu ke tempat yang ditunjukkan.Syaz segera beredar ke situ.

"Encik Zack.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"

"Aku nak hantar barang kejap.Korang boleh tunggu kan?"

Mak aihhhh...Tegak aje bunyi dia.Tertegun Syaz sejenak .Dipandang lama wajah lelaki didepan matanya ini.Lelaki yang bertopi,bermata keli,berkulit sawo matang dan berjaket.Wajah yang tampak garang dan kosong tanpa senyuman.

Sambil En Zack menurunkan barang-barang kegunaan pekerja Syaz cuba memberikan penerangan tentang perkara yang berkaitan.

"Eh Encik Zack..Barang-barang yang ni rasanya tak perlu coz company lama tak ambil balik barang-barang mereka.Nanti membazir,"

"Aku tak tau.Aku punya kerja hantar barang yang diarahkan.Kau ambil kau simpan je,"

Dingin suara yang terluah.Syaz menelan lagi satu sisi lelaki itu.Diktator.Kalau dia kata A maka A lah.Takkan mungkin menjadi B..C..D...Haishhh...

Garangnyerr boss saya..Where stories live. Discover now