Mula serasi

152 11 0
                                    

Pagi sabtu Syaz datang awal 15 minit ke tempat kerja.Mata Syaz pantas menangkap rumput-rumput kering yang berselerakan.Maksudnya semalam bangla potong rumput masuk.Syaz menguntum senyum.

Sebenarnya walaupun setiap kali Syaz dan En Zack bertemu pasti mereka akan bertegang urat.En Zack dengan ketegasannya dan Syaz dengan macam-macam soalan dan penerangan yang hendak disampaikan namun sebenarnya diri masing-masing mula mengakui mereka mulai serasi bersama.

Buktinya Syaz merasakan dirinya selesa dan selamat apabila bekerjasama dengan lelaki yang mula berubah dari sisi asalnya itu.Dari sudut peribadi Syaz akui En Zack sangat berkebolehan dalam mengendalikan pekerjaannya namun sayangnya dari segi komunikasi bolehlah diberikan markah C.

Terkadang sengaja Syaz mengusik lelaki yang kedekut dengan senyuman itu kerana Syaz tahu ada sesuatu yang tersembunyi yang Syaz sendiri pun sangat ingin tahu siapa sebenarnya bossnya itu.

Selesai melunaskan semua kerja-kerja yang perlu disiapkan bagi sessi pembersihan yang pertama Syaz termangu sendiri.Ada perkara yang ingin dia bincangkan namun dia ragu-ragu.Bimbang disangka yang dia mahu menunjuk-nunjuk pula.

Tapi hati kecilnya seringkali bertindak berlawanan dengan fikiran.Pantas jemarinya menaip sesuatu dan terus dihantar kepada yang berkenaan.Berdebar dada Syaz.Pelbagai kemungkinan muncul dibenaknya.Boleh atau tidak?

Selang 5 minit telefonnya berbunyi.Tertera nama Warden Penjara di skrin.Libang libu hati Syaz kala ini.Namun dia tekad untuk menyahut panggilan tersebut.

"Assalammualaikum. Kau tulis apa ni sebenarnya.Aku tak faham"

Syaz gigit bibir.Rasanya dia tulis dalam bahasa melayu kot.Lainlah kalau dia tulis dalam bahasa Scotland atau Perancis.

"Er..emm...Sebenarnya saya nak minta izin dr pihak yang bayar gaji saya.."

"Maksudnya aku la tu kan..Ok teruskan"

"Camne eh En Zack saya nak terangkan.Cakap aje la ya.Boleh tak saya nak minta izin utk berhenti 15 minit selepas sessi pertama untuk solat Dhuha"

"Kenapa?Diorang tak bagi kau solat ke?"

"Bukan.Diorang tak ada masalah.Tapi saya nak tunaikan solat ni masa waktu bekerja.Waktu rehat bilik ada kawan-kawan.Saya segan."

"Tak ada masalah.kau buatlah apa patut.Tapi...."

Terdiam sebentar suara disana.Tapi apa? Takkan dia nak kata tapi sayangg...oii.tu lirik lagu la Syaz.

"Lepas solat kau jangan tidur sudah"

Sempat lagiiiiiii.....

Garangnyerr boss saya..Where stories live. Discover now