Siapa dia?

108 11 0
                                    

Melihat Syaz yang mulai naik angin En Zack segera berlalu.Tanpa Syaz sedar tersuging senyum yang tersorok dibibirnya.Seronok sungguh melihat Syaz begitu.Sebenarnya En Zack sendiri tak tahu mengapa bergaduh dengan Syaz bagaikan suatu hobi baru baginya.

Bila teringatkan sesuatu segera dia berpaling dan hampir sahaja Syaz terlanggar mamat poyo itu.Mujurlah sempat melakukan brek kecemasan.Kalau tak haruslah bertambah penyek hidung Syaz  yang sememangnya sudah penyek.

"Kau dah kenapa. Kau nak peluk aku ke Syaz"

Soal En Zack sebaris bila melihat Syaz yang hampir terdorong ke dadanya.Chesss...ingat aku nak sangat.Dia tu yang main revearse je tak bagi signal,getus hati Syaz geram.

"Mana ada..Tak mau saya "

"Heiii...Nasib baiklah aku tak kawen dengan kau.Kalau tak memang tak tidur malam la aku asyik dengar kau membebel 24 jam"

Whattttt....!

Dia ingat aku hadap nak kahwin dengan dia ke.Ni dah melampau ni.

"Eh..En Zack.En Zack ingat saya nak kawen ke dengan En Zack.Kalau saya single sekalipun x mau lah saya dengan En Zack.Memang tak tidur malam la  saya asyik bertekak dengan En Zack"

Ahhh sudah.Min dan Laila sudah tercengang melihat Syaz.Mereka faham sangat dengan perangai Syaz.Kalau sudah merah-merah muka tu maksudnya level kemarahan Syaz sudah sampai ke tahap maksima lah tu.

Tajam mata Min memandang Syaz.Digerak-gerakkannya keningnya agar Syaz tersedar yang Syaz sudah meninggi suara pada boss mereka.Siap buat confession  lagi. Apa budak Syaz ni dah hilang akal ke apa.Syaz oh Syaz...boss kita tu oii.

Melihat Syaz yang sudah masam memuncung membuatkan lelaki itu tersedar yang dia sudah keterlaluan menganggu emosi Syaz.

"Kau ikut aku kejap"

Arahnya pada Syaz kerana ada sesuatu yang dia ingin katakan pada Syaz dan semahunya dia tidak mahu pekerja yang lain mendengarnya.Mujur Syaz hanya menurut langkah lelaki itu.

Dipandang sedalam-dalamnya raut wajah Syaz yang memerah.Tanpa sedar Syaz mengangkat pandangannya dan menikam jauh kedalam anak mata lelaki dihadapannya.

Kau orang jangan nak memandai-mandai tambah skrip sendiri ya.Tak ada maknanya dunia terhenti ke jantung Syaz laju bergetar ke.Serious aku bagitau awal-awal..memang tak ada dalam skrip ya..

Garangnyerr boss saya..Where stories live. Discover now