Ya ampun,boss aku...

210 13 0
                                    

Sudah seminggu mereka berada di bawah pengurusan baru.Bebanan memang begitu mencengkam..Oh lupa nak beritahu korang semua.Tak payahlah nak imagine jauh-jauh apa kerja si budak Syaz ni.

Dah lapan tahun Syaz berkecimpung dalam dunia yang penuh bau dan habuk.Bermain mata dengan mop dan penyapu.Dah namanya pun kerja tukang cuci la kan.Takkan Si Syaz ni nak pergi main laptop bagai.

Dasar kerajaan baharu benar-benar mencabar mental dan fizikal Syaz and the gangs.Bilamana berlaku pengurangan kos dan melibatkan pengurangan pekerja rasa-rasanya Syaz sudah tidak perlu menyusun jadual untuk berjogging atau beriadah lagi.Segalanya sudah cukup memenatkan Syaz.

"Assalammualaikum Syaz.Ni abang cat datang,"

Lantang suara pelat Laila kedengaran dari corong telefon.Abang cat?Eh...dah kenapa pulak syarikat baru ni.Semalam baru sahaja Syaz menguruskan kemasukan abang bangla untuk meracun rumput rumpai.Hari ini HQ hantar pula orang untuk mengecat

"Laila..abang cat mana pulak ni? Boss ada amek tender mengecat pulak ke kat sini.Tak pernah dibuat dek company tau.."

"Alaaa..kau turun la cepat.Boss ni...Boss"

"Hah ye lah aku turun.Jap aku kat tingkat empat ni,"

Sambil menuruni tangga ligat kepala Syaz memikirkan pelbagai kemungkinan yang ada berkaitan 'abang cat'.Hai boss oh boss...entah apalah yang hendak dicat.

Sampai di hadapan bilik rehat pekerja mata Syaz terus menangkap kelibat lelaki yang mulai mendapat jolokan Si Warden Penjara dari mulut Syaz yang terang-terang tiada insurans.Kalaulah mamat ni tau itu gelaran yang Syaz kurniakan buat dirinya harusssslah.....

Abang cat..Erkss..Haduii Laila ni
.

"Laila,ini En Zack la.Mana datang abang cat kau?"

Bisik Syaz bila menghampiri Laila.Sambil matanya merenung lelaki yang sedang ralit memerhatikan kawasan berhampiran.

"Mana aku tau.Aku tanya siapa.Dia kata abang cat,"

Abang cat...abang Zack...Ooo...Baru Syaz Faham.Mesti ni Si Laila tak dapat menyebut nama lelaki ini dengan tepat ekoran masalah pelatnya.Tersuging senyum dibibir Syaz.Lepas ni habislah kau Laila...Confirm kena gelak.

"Assalammualaikum.Apasal gelak-gelak ni.Kau gelakkan aku ke?"

Makkk....Bila masa dia ada dekat sebelah aku ni?

Garangnyerr boss saya..Where stories live. Discover now