Kamceng sudah

123 12 0
                                    

Kelam kabut Syaz turun dari Blok C bila diberitahu kedatangan Si Warden Penjara. Bimbang dia menunggu lama.Sesampai sahaja di hadapan lelaki itu yang ditemani  pembantunya En Azhari,jelas Syaz termengah-mengah.

Mau tidaknya kalau terpaksa turun dari aras empat sedangkan Syaz baru sahaja sampai di aras tersebut 10 minit yang lalu dan kini terpaksa berlari turun pula.Agak-agak kalau masuk acara marathon boleh menang tak eh..Jangan nak perasan la Syaz.Babat kamu pun dah dekat 2 - 3 kg jugak tuu..Pemenang tempat terakhir boleh la kot..

"Assalammualaikum En Zack"

"Waalaikummussalam.Kau dah solat dhuha?"

Lembut suara garau itu menerjah masuk ke gegendang telinga Syaz.Syaz kerling jam di tangan.Dah pukul 4.30 petang.Dhuha apanya..

"En Zack..Sekarang dah pukul berapa.Waktu dhuha dah habis"

"Aku taulah.Aku tanya pasal kau tu boleh tahan pelupa.Kerja-kerja jugak..Apa yang kau dah biasa buat jangan tinggalkan,faham"

Tegas suara itu membuatkan Syaz merasa sangat bersyukur bekerja dengan Si Warden penjara ini.Sebenarnya setiap kali dia menelefon Syaz pasti dia akan mengingatkan Syaz tentang rutin harian Syaz itu.Dia sebolehnya tidak mahu Syaz terlalu dibebani kerja yang tiada kesudahan.

"Tadi kau buat apa kat atas?"

Mengecil anak mata Syaz sekejap.Soalan jenis apakah ini?Adakah soalan mahu memulakan pertelingkahan?Haih...Syaz punyalah macam nak tercabut sendi buat kerja mamat ni boleh beramah mesra tanya la pulak.

"Buat apa..? Lah...kerja lah"

"Mana tau kau tido"

Selamba badak aje dia menutur ayat seolah-olah begitu meminta disuap lada cili oleh Syaz.Agak dah..tak ada kerja lain mamat ni selain nak ajak bertekak.

"Mana ada saya tido..tengah kerjalah"

Keras suara Syaz mempertahankan diri sambil bibirnya memuncung ke arah kasut Phua Chu Kang yang tersarung di kaki.Suka-suki labu air dia je ...

"Mana aku tau.Kau bukan boleh percaya sangat.. "

Agak-agak koranglah ada tak perasaan nak mengsmack down orang didalam benak Syaz di kala ini?

"Eiiiii....En Zack niiiii kannnn"

Garangnyerr boss saya..Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt