Merajukkah dia?

135 12 2
                                    

Syaz yang tersedar dari kesilapannya kerana berlaku tidak sepatutnya terhadap En Zack hanya mampu menggigit bibirnya sahaja..Kesal sungguh kesal. Tapi En Zack tak tahu hati Syaz bagai tersayat luka bila En Zack menutur bicara begitu.

Syaz sedar dirinya siapa.Bayangan semalam melintas difikiran kini.Merah mata Syaz bukan lagi kerana marah namun kerana pilu.Melihat Syaz yang terdiam dan hilang dalam dunia yang tersendiri.Kelu lidah En Zack melihat wajah sayu Syaz.

Dia cuma ingin menyakat Syaz namun langsung tidak menyangka Syaz akan berkeadaan begini.Tangannya digenggam erat di dalam saku seluarnya.Derap langkahnya menghampiri Syaz sehingga hanya beberapa jengkal sahaja jarak memisahkan mereka.Bagaimana mahu dipujuk hati itu?En zack langsung tak tahu.

"Ehem...Syaz..Sorry"

Perlahan suara itu bergumam.Antara dengar atau tidak.Syaz mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke arah lelaki itu.Tepat...setepat-tepatnya..

He say sorry..? Pada aku..?

"Maaf En Zack..Saya betul-betul minta maaf kerana berkasar tadi.Saya tak sengaja"

Syaz segera menutur maaf.Syaz tahu kesilapannya.Namun ada sesuatu yang menyinggah benak Syaz selama ini.Biarlah hari ini penamat semua ini.

"Jangan panggil aku En Zack lagi."

Tak boleh panggil dia En Zack lagi..?Hemm...confirm la aku kena buang kerja dah nie.Tulah kau Syaz ikutkan sangat rasa hati panas kau tu..

"Biasa kau dengan kawan-kawan kau, kau bahasakan diri apa ya?"

"Aku.Kenapa?"

Pelik soalan yang terluncur.

"Biasa kau panggil kawan-kawan rapat kau apa ya?"

"Kau la. Kenapa tanya macam tu?"

"Biasa dengan kawan-kawan rapat kau ke kawan biasa kau macam tu?"

"Kawan rapat. Ehh...sebenarnya En Zack nak cakap apa ni?"

Aduhaiii.. Bukannya dia nak pujuk aku yang tengah emosi kelaut ni.Lagi nak bagi aku soalan yang entah apa-apa,gumam Syaz dalam hati.

"Mulai hari ni aku nak kita..."

Jari telunjuknya bermain-main menuding kearah Syaz dan dirinya.

"Kita kenapa?"

Lelaki itu melangkah mendekati Syaz dan berhenti bila betul-betul berada di sebelah Syaz.Perlahan dia menundukkan kepala dan berbisik sesuatu ke telinga Syaz sebelum melangkah pergi dan terus meninggalkan kawasan tersebut tanpa pamitan.

Meninggalkan Syaz yang celaru dan keliru.Mimpi atau nyata.Tunak matanya mengekori bayangan Hilux hitam itu berlalu pergi..

"Aku nak kita jadi kawan rapat,boleh?"

Sesaat lelaki itu menjeda nafas.

"Aku nak jadi kawan kau yang terbaik dari segala sisi.."

Dari segala sisi?

"Apa maksud En Zack?"

Dan dia terus berlalu tanpa ada secebis jawapan.Hanya bibirnya menguntum senyuman membuatkan Syaz tenggelam dalam dunia yang penuh keliru..

Tiba-tiba telefon bimbit Syaz bergetar menandakan ada pesanan diterima.Bulat mata Syaz memandang tulisan yang tertera.

Kawan yang terbaik dari segala sisi adalah seorang suami...

Syaz terkaku....namun ada senyuman disitu...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 05, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Garangnyerr boss saya..Where stories live. Discover now