Bab 2 🔑💔

3.8K 543 46
                                    

“Amboi, bang. Panjang muncung? Apa pasal?” Tegur Jungkook sambil tersengih. Seok Jin mengangkat kepalanya. Kemudian bibir tersenyum sikit.

“Tak ada apa-apa. Saja muncung. Kenapa? Nak pinjam muncung aku?” Jungkook mencebik.

“Cakap sikit pun tak boleh.”

“Bukan tak boleh. Sensitif.” Kata Seok Jin. Dia kembali tegakkan tubuhnya, mencapai pen dan mula menyelak kertas-kertas kerjanya. Satu per satu kad laporan diperiksa.

“Aku nak tanya kat kau sikit ni. Kau jangan termenung pula lepas ni.” Soalan Jungkook mendatangkan kerut halus pada dahi Seok Jin. Sambil dia menanda, sambil dia menanda.

“Apa?”

“Sampai bila nak sorok dari Kak Aira yang kau sebenarnya ni doktor?” Kepala Seok Jin terangkat. Kemudian dia mengeluh.

“Sampai aku betul-betul nampak yang dia ikhlas cintakan aku.” Kata Seok Jin. Jungkook tertawa sinis. Tergeleng kepala doktor muda itu. Doktor kanak-kanak.

“Hakikatnya, dia lebih cintakan orang lain dari kau sejak kau kata segala harta yang kau ada ni, pinjaman.” Kata Jungkook. Seok Jin diam. Terhenti terus tangannya dari membuat kerja. Betul, semua yang Jungkook katakan itu betul. Hati dia sahaja yang seakan tidak boleh terima akan hakikat itu.

“Biarlah masa yang tentukan.”

“Takkan nak biarkan sampai dia yang buat surat cerai baru kau nak bertindak? Bang, dia tu kaya. CEO pula tu. Celiklah mata sikit.” Jungkook marah. Tetapi Seok Jin tetap diam.

“Aku malaslah nak gaduh.”

“Malas nak gaduh atau kau sayang dia?”

Seok Jin kembali angkat kepala dan memandang Jungkook. “Suami mana yang tak sayang isteri?”

Jungkook mendengus. “Isteri kau je yang tak sayang kau.”

Sekali lagi, Seok Jin pedih dengan kata-kata rakan baiknya ini. Rakan yang umurnya jauh beza. Dianggap adik, tetapi perangainya juga kadang-kadang seperti seumur dengan Jungkook.

“Baik fikirkan sekarang. Aerin makin hari makin besar. Dialah harta yang kau ada. Kalau Kak Aira ambil Aerin, kau ada apa?” Seok Jin diam. Wajahnya serius tetapi jelas raut wajah yang cukup letih itu kepenatan.

“Sebelum jadi lebih teruk, baik berbincang elok-elok. Aku tak nak nanti Kak Aira bahagia, kau sengsara.”

Kata-kata Jungkook bermain di fikiran Seok Jin. Haruskah dia melakukan apa yang Jungkook katakan itu?

[COMPLETED] Lie 거짓말 (Jin BTS)Where stories live. Discover now