Bab 5 🔑💔

3K 515 110
                                    

“Aira. Saya ada benda nak berbincang dengan awak.” Tutur Seok Jin sebaik sahaja Aira keluar dari tandas. Wanita itu sedang mengelap rambutnya yang sedikit lembab.

“Nak cakap apa?”

“Duduklah sini.”

“Cakap je boleh kan?” Suara Aira dingin. Matanya menjeling Seok Jin yang duduk di katil. Bersandar pada kepala katil.

“Sampai bila awak nak menipu saya?” Soal Seok Jin. Tangan Aira yang sedang mengesat rambut terhenti. Dipandang Seok Jin melalui pantulan cermin besarnya.

“Kenapa awak nak tahu sangat hal saya?” Soalan dibalas soalan. Seok Jin mengeluh.

“Kan senang kalau awak jujur. Sekurang-kurangnya saya tahu awak keluar selama ni dengan siapa, buat apa, ke mana. Saya masih suami awak.” Kata Seok Jin. Aira mendengus. Kepalanya tergeleng.

“Siapa awak untuk saya bagitahu semua tu? Suami? Dah basilah, Jin. Dah basi.” Kata Aira. Seok Jin menyabarkan hati. Ikutkan hati yang sakit, mahu sahaja dia meluahkan segalanya. Dia mahu mengatakan siapa dirinya. Berapa banyak hartanya. Berapa biji kereta yang dia ada. Tetapi, dia sabarkan hati.

“Kalau saya kata, saya ada banyak harta. Awak percaya?”

“Banyak? Sebesar mana tu? Sekangkang kera? Tak payahlah. Awak makan je sampai awak mati. Makan sampai kenyang. Nak berkongsi dengan saya harta pinjaman awak tu? Tak payah. Duit sata lebih banyak dari awak.” Kata Aira, begitu angkuh sekali. Tidak sedar langsung rumah yang didudukinya sekarang ini adalah hasil titik peluh Seok Jin sendiri. Beli tanpa ansuran. Bayar sekali gus tunai.

“Tak apalah kalau awak dah cakap macam tu.” Seok Jin bangun. Dia tidak mahu bergaduh.

“Sedar diri awak sikit, Jin. Awak tu duit pun tak ada, rumah ni pun awak sewa. Kereta berbiji kat luar tu pinjam. Mana saya nak letak muka saya kalau kawan-kawan saya tahu? Saya sendiri pun ada kereta sendiri tau! Bayar sendiri. Awak nak kawan-kawan saya tengok saya ni serong ke?” Soal Aira. Seok Jin pejam mata. Tubuhnya yang membelakangkan Aira cuba ditahan daripada menyerang wanita itu.

“Sekurang-kurangnya, cinta dan kasih sayang saya tak miskin sampaikan sanggup menagih dekat orang lain.”

Aira terdiam.

[COMPLETED] Lie 거짓말 (Jin BTS)Where stories live. Discover now