Bab 4 🔑💔

3K 488 93
                                    

“Sayang..”

“Hmm?”

“Bila you nak bercerai dengan suami you? I dah penat tunggu you tau.” Kunyahan Aira terhenti. Tangannya terus meletakkan penyepit di tangan, dia memandang teman lelakinya yang nampak marah kerana kehendaknya tidak dituruti.

“Sayang, I perlukan masa. Kalau I bercerai dengan dia, I kena berbincang dengan parents I dulu. Gila ke nak bercerai macam tu je?” Soal Aira. Tiba-tiba, teman lelakinya menyentuh tangannya. Erat.

“You ada alasan kukuh. Suami you bukannya kaya. Semua harta dia tu pinjaman. You cakaplah dekat parents you yang selama ni dia tak pernah bagi you duit. You yang tanggung semuanya. Mesti parents you pun sakit hati dengar.” Aira termenung. Kunyahannya perlahan, ingin memberi otaknya sedikit ruang untuk berfikir.

“Betul juga tu.”

“Haaa. Then nak tunggu apa lagi?” Teman lelaki Aira mendesak. Aira berdecit.

“Tapi anak I macam mana?”

“Okey kalau tu, jujur I cakap, I tak nak. I tak nak dia semak dengan kita bila dah kahwin nanti.” Bersahaja lelaki itu jujur. Aira menggigit bibir.

“I pun tak suka. I rasa macam.. anak I tu menyibuk dalam hidup I.” Aira jujur. Kening lelaki itu ternaik.

“You pun tak suka anak you sendiri?”

“Hello.. kalau I dah tak suka, dengan anak I sendiri pun I benci tau, sayang.”

Lelaki itu ketawa. “Sampai macam tu you benci suami you, kan?”

[COMPLETED] Lie 거짓말 (Jin BTS)Where stories live. Discover now