Bab 8 🔑💔

2.9K 483 50
                                    

Berkerut-kerut kening Seok Jin mendengar setiap rakaman perbualan antara Aira dan Jungkook. Benar, itu suara Aira. Dan setiap patah kata Aira mengata dirinya kepada Jungkook sangat menyiat hati.

Suami tak guna.

Suami miskin.

Suami menyusahkan.

Semuanya. Seok Jin menyentuh dahi yang kian berpeluh sejuk.

“Aku harap kau dapat putuskan keputusan secepat yang mungkin lepas tahu semua ni.” Kata Jungkook. Hidungnya berhenti berdarah. Tetapi pipi dan bibirnya terbentuk lebam besar. Kebas wajahnya. Tetapi selepas Seok Jin menyuntik ubat tahan sakit tadi, lega sikit sakit.

“Dah lama kau dengan dia?” Soal Seok Jin.

“Sejak Aerin lahir.”

Seok Jin tergamam. “Selama tu dia menipu aku?” Jungkook mengangguk.

“Untuk pengetahuan kau, dia yang try aku dulu. Aku saja-sajalah macam berborak, tapi dia terus minta nombor telefon. Macam orang mengantuk disorong bantal, mudah rancangan aku berjalan.” Kata Jungkook. Seok Jin mengetap gigi. Telefon bimbit Jungkook diletakkan di atas meja.

“Habis lepas ni, kau nak buat apa?” Soal Seok Jin.

“Aku nak kau ceraikan dia.” Kata Jungkook. Tubuh Seok Jin mengeras.

“Nak tak nak, kau kena buat surat cerai. Sebab, aku nak buat dia percaya yang aku akan kahwin dengan dia. Tapi, bila tiba masa.. aku akan datang dengan isteri dan anak aku. Aku akan jujur dekat majlis tu.” Kata Jungkook. Seok Jin terkejut.

“Takkan sampai macam tu sekali?”

“Bagi aku, benda tu tak setimpal dengan apa yang dia dah buat dekat kau.” Kata Jungkook. Seok Jin termenung.

“Aku tak nak dia berdendam dengan anak isteri kau akan datang.”

“Tak. Tak akan. Aku tahu apa yang aku buat. Aku harap, bila kau dah tahu ni, kau bantu melancarkan rancangan aku. Boleh?” Soal Jungkook. Seok Jin diam seketika sebelum dia mengangguk. Dia tidak membenci isterinya. Tetapi setelah mengetahui penipuan itu dibuat hampir 5 tahun lamanya, hatinya sarat dengan rasa sakit. Membengkak bagai hendak menanah.

“Aku akan ambil surat cerai dekat mahkamah.” Jungkook tersenyum. Bagus.

[COMPLETED] Lie 거짓말 (Jin BTS)Where stories live. Discover now