Bab 10 🔑💔

2.9K 498 30
                                    

Sampai sahaja di rumah petang itu, Seok Jin melihat almari kasut sudah bersih. Licin tanpa ada kasut Aira langsung. Kemudian Seok Jin menapak masuk ke dalam rumah. Naik ke atas dan membuka closet milik Aira.

Bersih juga.

Seok Jin terduduk. Tanpa sedar, asa setitis air mata lelakinya jatuh. Air mata itu mengalir kerana kecurangan seorang wanita yang bergelar isteri. Egonya calar. Tetapi dia tahu, semua ini dilakukan demi kebaikan dirinya dan Aerin.

“Papa..” panggil Aerin. Tanpa sempat Seok Jin mengelap air mata, Aerin mendekati. Bibir Aerin tercebik.

“Kenapa, sayang?”

“Tadi Aerin nampak mama keluar bawa beg besar. Dia nak pergi mana?” Soal Aerin. Mata si kecil itu berkaca-kaca sebelum terhambur tangisan. Seok Jin tidak mampu menjawab. Terus didakap anaknya erat.

“Mama pergi ke tempat yang lebih baik.”

“Mama tak sayang kita ke, papa?”

Seok Jin tidak mampu menjawab. Hanya ada air mata.

“Aerin janji, bila Aerin dah besar nanti, jangan tinggalkan papa ya? Kalau papa sakit, jaga papa. Boleh?” Aerin mengangguk dalam tangisan. Tuhan.. sayunya hati.

Sampai hati awak, Aira. Sampai hati awak.

[COMPLETED] Lie 거짓말 (Jin BTS)Where stories live. Discover now