Bab 3 🔑💔

3.3K 519 40
                                    

Okey, papa ada soalan teka teki. Aerin jawab tau.”

“Okey!” Aerin teruja. Dia duduk di atas riba papanya yang sedang mewarnakan gambar di buku mewarnanya.

“Kenapa lembu bunyi dia booo? Kenapa tak embekkk?” Soal Seok Jin. Aerin mendongak memandang wajah kacak papanya.

“Alah, papa! Soalan susah!” Aerin merungut. Seok Jin ketawa.

“Mana ada susah. Cepat jawab.”

“Tak tahu.”

“Sebab.. kalau lembu bunyi embek, nama dia bukan lembu dah. Nama dia jadi lembekkkk.” Aerin terus ketawa besar. Si kecil itu geram, diramas-ramas wajah papanya. Dipicit geram pipi Seok Jin sehingga lemas lelaki itu.

“Sakit, sayang.”

“Papa..”

“Hmm?” Seok Jin masih mewarna. Ini dah macam bukan buku mewarna Aerin. Dah macam buku mewarnanya.

“Mama mana? Aerin dah lama tak nampak mama.” Soal Aerin. Si kecil itu melorot turun dari ribanya. Kaki kecil itu berlari-lari mencari mamanya di serata bilik ini. Di tandas, di bilik closet. Tetapi semua tiada.

“Mama keluar.” Jawab Seok Jin tenang. Tubuh Aerin terus terpusing.

“Alah.. baru je nak minta buku baru dekat mama.” Aerin memuncung. Seok Jin meletakkan pensil warna di atas meja. Dia bangun dari duduk, mendapatkan Aerin yang sedikit muram. Tubuh kecil itu diangkat lantas dibawa ke dalam dakapan.

“Minta papa jelah. Papa beli banyak-banyak. Okey?” Pujuk Seok Jin. Aerin diam. Dia meletakkan kepala di atas bahu Seok Jin.

“Aerin jangan kacau mama. Mamakan sibuk. Kacau papa tak apa. Okey?” Kata Seok Jin lagi. Aerin menegakkan tubuhnya. Nampaknya papanya mahu menghantar dia ke bilik. Sudah tiba masa untuk tidur.

“Mama dah tak sayang kita ke, papa?” Soalan polos Aerin membelah dada Seok Jin.

“Taklah. Mama sayang Aerin.”

“Kenapa Aerin je? Papa kenalah sayang juga!” Si kecil ini memberontak. Marah dengan Seok Jin yang hanya menghantar namanya. Seok Jin cuma tersenyum, pipi gebu itu dikucup sayang.

“Jom tidur. Esok sekolah.”

“Okey, papa.”

[COMPLETED] Lie 거짓말 (Jin BTS)Where stories live. Discover now