6💋

13.8K 398 8
                                    

Aku membelek-belek bingkai yang tersusun kemas di atas rak khas.

"Comel..siapa budak ni?"Tanya aku pada Habil yang sedang mengemas meja makan sesudah habis kami makan tadi.

Gambar tersebut tertera seorang budak memegang cangkul mainan sedang bermain di tepi pantai.

Comel budak tu. Muka dia sedang tersenyum riang.

"Ohh..tu abang."Balas Habil teragak-agak menjawab.

Mungkin sebab tengah sibuk mengemas kot.

Kenapa aku tak tolong?

Nak tolong..tapi Habil yang tak bagi.

Katanya nak buat sendiri.

Aku melihat jam pada skrin telefon aku.

Pukul 2.00 petang. Battery pun dah merah-merah.

"Okeylah abang..Amir nak balik dah ni..terima kasih atas makanan tadi.."Aku tersenyum sambil berjalan ke arah Habil untuk menyalamnya.

"Eh..kenapa nak balik? Kerja ke? Kalau kerja..abang teman Amir ambil pakaian kerja..lepastu mandi dekat sini je..tak payahlah balik sana..abang takut nanti jadi apa-apa lagi.."Balas Habil risau.

"Taklah..hari ni off day..lagipun kalau Amir tak balik sana..abang nak Amir duduk sini?"Jawab aku pula.

"Mestilah nak..duduk je sini sampai bila-bila pun boleh..abang tak kisah."Jawab Habil kegembiraan sejurus mendengar pertanyaan aku.

"Hahaha..abang deman ek? Dah-dah..tak payah nak merepek..Amir nak balik.."Balas aku sambil menekupkan tanganku pada dahinya untuk memastikan bahawa Habil tidak demam lalu menghulurkan tangan kananku padanya tanda hendak bersalaman dengannya.

"Tak nak salam!"Habil berkelakuan seperti budak-budak.

"Abang dah kenapa ni? Cepatlah salam!"Aku meminta padanya.

"Tak nak! Abang nak Amir tinggal sini."Balas Habil sambil berpeluk tubuh mengalihkan pandangannya daripada tangan kanan aku.

Akulah orang tua ni! Kena satgi!

"Hishh! Tak nak salam sudah!"Aku memusingkan badanku ke belakang hendak meluru keluar dari rumah Habil.

Pintu rumah Habil dibuka dan aku berjalan keluar dengan berkaki ayam.

Korang lupa ke yang aku memang tak pakai kasut pun.

"Alarrr..Amirrrr! Tinggal dengan abang..tak nak selama-lamanya pun..dua tiga hari pun boleh..pleaseeee!"Habil dah menarik tangan aku lalu melutut di atas simen luar rumahnya.

Wehh! Asal dia ni! Nak melutut bagai.

Kau dah gila ke Habil?

"Abang! Tak yah lah macam tu!"Aku hendak mengangkat Habil supaya berdiri semula sambil mata ku memandang kiri, kanan dan belakang. Takut-takut ada orang nampak.

"Tak nak selagi Amir tak tinggal dengan abang.."Habil memejamkan matanya.

Ingat comellah tu?! Tapi memang comel pun. Hish dia ni..kejap hensem..kejap comel..nanti apa pula?

Aku terfikir sejenak.

Ni kalau dia tak bangun lagi. Duk melutut macam ni lagi lepastu ada orang lalu lalang tengok. Mahunya di cop GAY tengah melamar ni!

No way!

"Ishh okey..okey fine! Amir stay rumah abang..tapi tak lama..kalau Amir rasa nak balik..Amir balik..boleh??"Tanya aku padanya.

Aku Maid Dia?!Where stories live. Discover now