23💋

12K 359 15
                                    

P.O.V Eric

Aku sekarang berada di dalam ruang mesyuarat.

"Jadi kamu semua dah puas bercuti?"Tanya ketua aku kepada kesemua ahli-ahli mesyuarat yang berada dalam 40 lebih orang.

"Puas Tuan!"

"Tak puas Tuan!"

Kedengaran bunyi riuh menyelubungi bilik mesyuarat.

"Okey! Ada yang puas dan ada yang masih belum puas kan? Tapi nak tak nak kamu semua kena mulakan operasi semula! Jadi bersiap sedia! Ucapkan selamat tinggal pada ahli keluarga kamu!"Beritahu ketua aku tegas.

"Berapa lama Tuan?"Tanya aku padanya.

"Operasi kali ni mengambil masa selama dua bulan. Agak lama sikit."Jawab ketua aku.

"Ada apa-apa lagi pertanyaan?"Tanya ketua aku kepada semua ahli mesyuarat.

"Tiada!!"Sahut kesemuanya.

End of P.O.V

***

Aku dan Eric sedang duduk sambil berpelukan di atas sofa ruang tamu sambil menonton filem "Love Love You".

"Asal sedih sangat ni."Aku acah-acah berlakon menangis.

"Eeee gedik..tu pun nak menangis..bukannya dia nak tinggalkan lelaki dia pun..dia cuma pindah rumah je..lain lah macam aku yang nak kena tinggalkan kau dua bulan ni."Eric menjeling-jeling aku.

"Sedihlah tu! Kena berjauhan dengan lelaki dia..lepastu tinggal serumah dengan lelaki lain..mestilah lelaki dia cemburu nanti dan satu lagi..apa awak merepek ni? Nak kena tinggalkan saya selama dua bulan bagai. Saja je kan nak kenakan saya!"Aku mencuit hidung Eric.

"Apa merepeknya pulak..betul lah saya kena tinggalkan awak selama dua bulan sebab saya kena operasi."Beritahu Eric padaku.

"What?!! Operasi?!! Awak sakit apa?! Kenapa tak bagitau saya!!"Aku menekup pipi Eric panik.

"Aku tak sakitlah.."Eric menurunkan tanganku.

"Habis tu? Operasi bagai..lagipun ada ke orang buat pembedahan sampai dua bulan? Merapu je"Aku memandang semula ke arah kaca televisyen.

"Maksud operasi saya tu..saya kena masuk hutan..faham?"Terang Eric padaku.

Aku memandang Eric laju.

"What?! Masuk hutan? Selama dua bulan?! Awak buat apa dalam hutan tu lama-lama?!"Tanya aku padanya panik.

Eric membuat isyarat pistol. bang bang!

"Wooo wooo! Jangan kata awak kena berperang!"Aku mengelabah.

"Tak lah..mana ada perang pun..aku cuma jaga kawasan je..tak nak bagi penceroboh masuk."Beritahu Eric padaku sambil cuba menenangkan aku.

"Tapi perlu ke sampai dua bulan?"Tanya aku padanya sambil membuat muka sedih.

"Hmm..nak buat macam mana..dah kerja aku macam tu..kenalah ikut je apa yang orang atas arahkan."Eric mengusap lembut rambutku.

"Habis tu nanti kalau saya rindu macam mana? Awak tak rindu saya ke nanti?"Tanya aku pada Eric sambil melentokkan kepala di dadanya dan memeluk tubuhnya.

Aku Maid Dia?!Where stories live. Discover now