11💋

12.2K 440 43
                                    

"Ini je yang kau masak?"Tanya Eric dengan muka unbelievable-nya.

"Hah iyalah..kenapa? Sikit sangat ke?"Tanya aku padanya selamba sambil menyedokkan sepinggan nasi kepadanya.

"Aku rasa ex orang gaji aku lagi banyak masakan daripada kau yang hanya ada dua jenis masakan ni."Perli dia sambil menjeling masakan aku.

"Owhh..jadi memang betullah bos.."Aku membuat muka meluat apabila perkataan bos keluar daripada mulutku.

"..dah pernah ada pekerja sebelum ni?"Sambung aku sambil menyedokkan lauk ayam masak kicap kepada Eric.

"Tahu dari mana ni?"Tanya Eric mengerutkan dahi.

"Dari orang mana entah..dia tegur Amir..dia tanya pekerja baru ke."Jawab aku kemudian duduk di kerusiku.

"Siapa? Habistu kau jawab apa?"Tanya Eric padaku serius.

"Entahlah..tak ingat nama dia..Amir tak jawab apa-apa pun..terus lari masuk rumah."Balasku sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut aku.

" Baguslah..jangan layan orang yang kita tak kenal..bahaya."Nasihat Eric padaku.

Aku kaku.

Eric melihatku pelik.

"Kau dah pahal?"Tanya Eric.

Aku memandang ayam masak kicapku kemudian kembali memandang Eric.

Eric sudah mengerut dahi memandang aku.

"Pahit.."Aku tersenyum tawar memandang Eric.

Eric membuat mata layu.

***

"Huhuhu..kena potong gaji..sebab masak tak sedap!"Aku mengeluh seorang diri sambil menyapu sampah di tingkat atas.

Salah aku juga! Sebab tak rasa dulu tadi.

Tengok! Tak pasal-pasal kena potong gaji!

Teruk jugalah kena ceramah dengan Eric tadi.

Nasib baiklah dia dah gerak pergi kerja.

Tapi tu lah. Kesian juga sebab dia tak jadi makan. Mesti nanti dia laparkan?

"Aduhh! Kesiannya dia! Amir..Amir..lain kali rasa dulu..hmm..nak buat macam mana ni?"Tanya aku seorang diri.

Aku mengeluarkan telefonku dari dalam poket.

Ikon whatsaap ditekan dan chat whatsaap "Mamat Poyo" ditekan pada skrin.

Aku mula menaip sesuatu.

You
Sorry..pasal makanan tadi..😣🙏

Lain kali janji..akan improve dari semasa ke semasa..😅

Aku memandang skrin telefonku sayu.

"Hmm.."

"Ting!"

"Dia balas! Cepatnya!"Aku kelam kabut melihat skrin telefon.

Mamat Poyo
Tak payah! Nnti x pasal2 kena keracunan mknan..

"Erkk..kau ingat aku jahat sangat nak buat kau keracunan? Hah? Aku racun betul-betul kang!"Bebel aku seorang diri.

Aku menekan-nekan pad kekunci geram.

Aku Maid Dia?!Where stories live. Discover now