22💋

11.5K 386 21
                                    

Ramai yang sangka hati aku sekeras batu.

Iya betul, hati aku sekeras batu.

Tapi kalau sekeras batu? Kenapa boleh maafkan Eric mentah-mentah macam tu?

Kenapa dengan sekadar ciuman sahaja boleh melembutkan hati aku untuk maafkan dia?

Takkanlah aku boleh maafkan dia begitu sahaja sedangkan orang lain bertahun-tahun untuk maafkan orang yang dia benci?

Sebenarnya, perasaan benci aku padanya adalah sifar.

Aku tak pernah membenci dia.

Tapi aku cuma ego.

Ego untuk mempertahankan perasaan aku sendiri.

Aku tak nak Eric nampak aku lemah dimatanya!

Itulah sebabnya aku sembunyikan perasaan aku sedalam-dalamnya.

Supaya semua orang fikir aku betul-betul benci dia.

Soal perkara yang menimpa nasib malang aku, aku tak salahkan dia cuma aku kecewa.

Kenapa dia tak minta maaf terlebih awal.

Tapi itu semua tak penting.

Yang penting sekarang ialah aku dapat rasakan kemaafan yang dipintanya sungguh ikhlas.

Aku tahu dia betul-betul cintakan aku.

Dan aku juga sungguh mencintainya.

"Kringggg!"

Seperti biasa, penggera telefon aku berbunyi.

Tangan aku terus menutup penggera telefon.

Eh!




Bukan tangan aku, tapi tangan Eric.

Eric mendakap tubuhku semula.

Aku sedang tidur nyenyak menghadap dada bidang Eric.

Eric terbuai semula ke alam mimpi yang indah.

Disebabkan kami sudah berbaik. Eric meminta untuk tidur bersama denganku.

Mulanya aku enggan membenarkan dia tidur bersama ku tapi selepas dipinta berkali-kali akhirnya aku mengalah.

Aku benarkan dia tidur bersama aku asalkan...

Asalkan dia tak buat benda bukan-bukan dekat aku.

Iyalah..aku ni jenis tidur mati. Bom meletup pun tak tentu lagi aku jaga.

Jadi kalau Eric nak buat apa-apa, masa tu lah waktu yang terbaik untuknya.

Jadi kami buat perjanjian, kalau dia cuba nak buat benda bukan-bukan dekat aku malam ni. Dia akan mati pucuk!

Confirm dia tak berani punya!

***

Seperti biasa, aku menyiapkan sarapan pagi untuknya.

Aku rasa dah lama aku tak sarapan dengan dia kan?

Jadi pagi ni aku sarapan bersama dengan dia.

Aku Maid Dia?!Where stories live. Discover now