BAB 2

697 38 4
                                    

"Nak mati dah mamat tu. Tepat 100 hari, dia akan mati." Tanpa sengaja kata-kata itu terkeluar dari bibir Atikah. Nampaknya lelaki itu hanya memikirkan mati. Ditambah dengan racun hantu tadi. Makin kuat rasa mahu mati itu.

Sufian yang sedang menyedut minuman, menoleh ke belakang yang dimaksudkan Atikah. Seram pula bila Atikah sebut tentang mengenai kematian seseorang. Sekilas dia memandang lelaki itu sebelum pandangannya kembali ke arah Atikah semula. Seketika dia teringat sesuatu dan lantas menoleh kembali. Dia perhatikan dengan teliti lelaki yang Atikah maksudkan. Buntang mata dia melihat lelaki itu.

"Weh minah, itu sepupu aku. Betul ke dia nak mati?" Sufian mahukan kepastian. Atikah yang dia kenal tak pernah tersalah kalau bab kematian ini. Dia kenal sangat kelebihan sahabatnya itu. Teringat semasa sekolah, Atikah menangis tanpa sebab. Puas dia tanya Atikah enggan buka mulut. Seminggu selepas itu, guru kelas mereka meninggal.

"Sepupu kau ke? Lah aku tak tau kau ada sepupu serupa pengganas macam tu." Atikah terkejut. Tidak sangka lelaki itu adalah sepupu Sufian. Dia kenal keluarga Sufian tapi tidak pernah pula nampak lelaki itu semasa kenduri atau apa-apa majlis.

"Kau nak tau kebenarannya?" tanya Atikah. Kalau dia tahu lelaki itu sepupu Sufian sumpah dia akan tutup mulut.

Sufian pusatkan perhatian kepada Atikah. Gelas berisi Milo ais di tolak ke tepi. Soal hidup mati bukan boleh dibuat main. Apa lagi bila Atikah menyebut kematian sepupunya sendiri.

"Kebenarannya dia tak akan mati putus nyawa. Dia akan mati jiwa." Atikah sedikit berlapik. Dia bukanlah boleh meramal kematian secara tepat. Dia hanya terlihat tanda-tanda seseorang akan pergi. Kes sepupu Sufian sedikit unik. Mati jiwa maksudnya sudah putus asa untuk hidup.

"Hah... Apa tu? Aku tak faham." Pertama kali dia dengar perkataan mati jiwa. Selama ini Atikah tidak pernah menyebut fasal mati jiwa.

"Ada hantu menyamar jadi isteri dia. Isteri dia dah meninggal tiga bulan lepas kan? Eh kejap... Dia ke sepupu kau yang dulu duduk Australia tu?" Atikah teringat Sufian pernah bercerita tentang sepupunya yang belajar di Australia. Berkahwin dengan teman sekuliah. Selepas tamat pengajian tinggal dan bekerja di sana.

Sufian angguk. Kagum. Mana Atikah tahu semua itu. Seingatnya dia tidak bercerita kepada Atikah sepupunya yang mana satu kematian isteri. Lagipun ketika kejadian itu dia berkursus.

"Isteri dia meninggal masa lahirkan anak kan. Anak dia pun meninggal. Betul tak."

Sufian melopong kagum. Atikah memang hebat. "Mana kau tahu?"

"Aku dengar hantu tu melolong salahkan sepupu kau atas kematian dia dengan anak diorang. Anak lelaki. Lepas tu cakap pasal kenangan kat Australia. Macam hantu tu pulak mati laki. Aku cepuk baru tau."

Sufian gosok lengan. Bulu romanya tegak berdiri. Tiba-tiba dia rasa seram walaupun di siang hari begini. Atikah kalau bercakap langsung tidak hiraukan perasaan orang.

"Apa nama sepupu kau?" tanya Atikah. Nampaknya hantu pendamping sepupu Sufian sudah perasan dia boleh nampak. Sakit hati melihat hantu itu menjelir lidah. Siaplah kejap lagi dia akan ajar hantu itu.

"Hasnul... Nur Hasnul Hisham." Jawab Sufian.

Atikah angkat kening sebelah dan bangun. Dia sudah tidak tahan lagi. Lolongan hantu itu buat dia rimas.

"Kau nak buat apa?" Sufian memerhatikan Atikah yang tiba-tiba bangun. Perempuan itu tidak menjawab. Sebaliknya hanya kelihatan sengihan di bibir. Sufian malas hendak campur. Dia mahu lihat apa yang Atikah bakal buat.

Atikah berjalan sambil matanya berlawan pandang dengan hantu perempuan berkebaya merah yang berdiri di sebelah Hasnul.

"Hai."

YOU CAN CALL ME MONSTER (RAW VERSION)Where stories live. Discover now