BAB 3

630 37 0
                                    

"Tak kerja ke?" Hana hempaskan badan ke sofa. Tudung dia tanggalkan dan letak di atas meja. Awal pula Atikah pulang dari kerja hari ini. Biasa lepas Maghrib baru nampak muka.

"Aku cuti lah. Kau lupa ke?"

"Ha... aku lupa. Penatlah. Tak ada tempahan kuih ke?" Hana pejamkan mata. Penat mengharungi seharian yang panjang. Mata di buka sedikit mengintip drama apa yang Atikah tonton. Tiba-tiba Atikah disampuk drama Hindi. Sekarang menghadap Naagin pula. Kalau tonton drama Korea boleh tumpang sekaki. Dia pejamkan kembali mata. Mahu lelap sekejap sementara menanti azan Maghrib.

"Hantar karipap dengan popia kat Nenek Zaiton pagi tadi. Lepas tu hantar yang frozen kat kedai. Hari ni dengan besok aku tak ambik tempahan." Semenjak dia bekerja dengan Sufian jarang dia mengambil tempahan melainkan yang sejuk beku. Hanya Nenek Zaiton sahaja pelanggannya sekarang. Ada kalanya dia menerima tempahan untuk majlis kenduri.

"Ooh." Ujar Hana sepatah.

"Pakwe kau ada belikan kek?" Ucap Atikah.

"Kau jumpa Sufian?" Hana yang baring terus bangun. Teruja mendengar nama kekasih hati. Sudah seminggu dia tidak berjumpa Sufian kerana sibuk.

"Ya... dia call aku tadi ajak jumpa. Tu yang dia belikan kek untu kau. Ada kat peti ais. Kek coklat...."

Tanpa menunggu Atikah habis bercakap, Hana terus bangun dan menuju ke dapur. Apa pun yang Sufian belikan pasti menggembirakan dia. Memang kebetulan sangat Sufian belikan kek. Dia sedang stress sekarang.

"Ada dua kotak kek? Mana satu aku punya." Hana terpandang dua kotak yang serupa di dalam peti ais. Pasti salah satunya milik Atikah. Perlahan dia membuka salah satu kotak kek. Kek coklat, pasti Atikah punya.

Dia mengambil kotak satu lagi dan tutup pintu peti ais. Sah itu kek dia. Terus dia bawa kotak kek tadi ke ruang tamu. Makan kek sambil tengok televisyen pun seronok juga.

"Mandilah dulu baru makan. Busuk lah kau ni."

"Pakwe beli, haruslah makan dulu." Hana membuka penutup kotak kek tersebut. Tergamam dia melihat apa yang tertulis di atas kek. Serta-merta matanya melihat Atikah. Sahabatnya itu hanya buat muka selamba.

"Tikah..." perlahan Hana bersuara.

"Apa?" Atikah masih buat muka selamba dan menonton televisyen.

"Kau baca tak apa kat atas kek ni? Kau tau tak? Kau tau kan?" Tanya Hana bertalu-talu. Dia yakin sangat Atikah di sebalik semua ini. "Kau tau kan?"

"Lebih baik kau telefon Sufian. Dia tengah tunggu jawapan kau." Atikah berkata sambil tersenyum

"Pastilah sudi. Terima kasih Tikah." Hana terus melompat dan memeluk Atikah. Sempat lagi dia cium pipi sahabatnya itu. Dia tidak mampu luahkan rasa gembiranya saat ini. Terus dia ambil telefon dan ambil gambar kek tadi. Seterusnya dia mendail nombor Sufian.

"Assalamualaikum awak..." Hana bersuara ceria.

Atikah memberi isyarat agar Hana berbual di bilik. Dia tidak mahu perbualan dua merpati sejoli itu mengganggu dia yang sedang menonton televisyen. Hana faham akan isyarat Atikah. Dia mengambil beg tangan lalu masuk ke dalam bilik.

"Minah ni. Kek biar kat sini pulak." Atikah menutup kembali kotak kek tadi. Dia bangun dan menuju ke dapur. Meletakkan kembali kek milik Hana ke dalam peti ais. Dia mengambil air tin soya. Tekaknya haus pula.

YOU CAN CALL ME MONSTER (RAW VERSION)Where stories live. Discover now