BAB 4

604 35 1
                                    

"You call me monster... oh aku monster." Hampir melompat Atikah bila sebuah kereta tiba-tiba berhenti di sebelahnya. Dia tunjuk penumbuk ke arah pemandu kereta itu. Memang gilalah pandu kereta macam pelesit.

"Tunjuk penumbuk kat bos sendiri. Aku potong gaji karang." Sufian keluar dari kereta. Pintu kereta ditutup dan dia mendekati Atikah.

"Assalamualaikum bos. Apa khabar bos. Selamat datang ke Stesen Minyak Taman Mewah." Atikah menyapa Sufian dengan penuh hormat. Sufian menguruskan stesen minyak milik emaknya. Ada tiga cawangan semuanya.

"Kau dah habis kerja kan. Jom ikut aku keluar."

"Malas lah aku. Aku nak balik. Nak tidur."

"Aku bayar."

"Yes duit. I love money." Mata Atikah bersinar-sinar mendengar perkataan duit. Sebut fasal duit mengantuk boleh hilang.

"Kau ni... Mark ada kat pejabat ke?"

Atikah angguk.

"Aku nak jumpa dia kejap. Kau jangan lari pulak." Sufian memberi amaran. Ada hal penting yang mahu dia bincangkan. Sebab itu hari ini dia muncul di sini.

"Kau dah bayar aku. Mana ada aku lari." Atikah menyengih.

"Mata duitan." Sufian terus berjalan masuk ke kedai serbaneka.

Atikah meneruskan kerjanya membersihkan kawasan pam angin. Budak-budak motor selalu melepak di situ di waktu malam. Jadinya banyak sampah sarap makanan dan minuman. Dia sudah sediakan tong sampah. Tapi tetap juga sampah dicampak merata-rata.

Selesai sahaja kerjanya Atikah menyimpan peralatan ke dalam stor. Seterusnya dia masuk ke dalam tandas untuk membasuh tangan. Semasa sedang membasuh tangan baru dia terfikir sesuatu. Kenapa tiba-tiba Sufian datang mencari dia. Ada hal penting ke? Tidak mungkinlah Sufian hendak melamar Hana sekali lagi. Bukankah minggu depan Hana akan berjumpa keluarga Sufian.

Selesai membasuh tangan, Atikah membasuh muka. Dia menyapu mukanya untuk menyingkirkan sisa-sisa air.

"Arghh!!!" Dia terjerit sebaik sahaja matanya terlihat cermin.

"Suka sangat terkejutkan orang!" Dia mengurut dadanya sendiri. Mujur tiada sesiapa di tandas ketika itu. Boleh pula penghuni tandas itu tiba-tiba berdiri di sebelah dia.

"Kau usik aku lagi siap kau." Atikah tutup pili air dan terus beredar dari situ. Terus dia masuk ke dalam kedai. Waktu kerjanya sudah tamat dan dia perlu mengambil beg galasnya.

"Pam lima dik. Lima puluh ringgit." Atikah menoleh sekilas. Serta-merta dia tundukkan mukanya. Terlihat sesuatu yang memang dia tidak suka lihat. Bayangan hitam di muka lelaki itu menunjukkan sesuatu.

Atikah terasa bahunya dicuit. Terus dia menoleh dan angkat muka. Sufian berdiri di sebelahnya. Memberi isyarat bertanya kenapa. Atikah hanya membalas dengan gelengan. Dia mengambil beg galasnya dari bawah kaunter dan terus mengekori Sufian keluar dari situ.

"Motor aku?"

"Nanti aku hantar kau balik sini." Sufian membukakan pintu kereta untuk Atikah.

Atikah tidak tahu ke mana Sufian mahu membawanya. Malas hendak bertanya dia hanya diam sahaja. Sufian pun seperti tidak berminat untuk bercakap. Serius sahaja muka sahabatnya itu ketika memandu. Mereka berhenti di kafe yang selalu mereka kunjungi.

"Aku nak kau cerita semua yang kau tahu fasal sepupu aku tu." Sufian bersuara sebaik sahaja mereka selesai memesan makanan.

"Aku kan dah bagitau hari tu." Atikah rasa lain macam pula melihat riak serius Sufian.

"Aku tau ada yang kau sembunyikan. Kenapa sepupu aku tu asyik minta maaf kat arwah isteri dia. Asyik cakap abang salah. Aku tau kau tak cerita semua dekat aku."

Atikah jadi serba salah. Dia tidak pasti apa yang harus dia ceritakan sekarang. Bukanlah dia tahu semua cerita. Apa yang dia tahu hanyalah ayat-ayat yang hantu itu bisikkan di telinga Hasnul. Ayat-ayat yang membuatkan lelaki itu asyik diburu rasa bersalah.

"Apa yang kau tau?" tanya Atikah. Dia mahu tahu cerita yang semua orang tahu dan apa yang semua orang tidak tahu.

"Aku tak tau sangat. Kata maklong, Abang Hasnul balik rumah Sofea dah terbaring berlumuran darah. Terus Abang Hasnul bawak pergi hospital. Sofea dan anak dalam kandungan dia meninggal." Sufian menceritakan apa yang dia tahu.

"Hasnul tengah meeting. Dia set phone silent mode. Lepas habis meeting baru dia perasan ada call. Itu pun lepas dua jam. Terus dia balik rumah. Sofea dah terbaring berlumuran darah. Dia terus bawa Sofea pergi hospital. Dan macam kau tau. Sofea meninggal. Baby dia pun meninggal." Atikah menceritakan apa yang dia tahu. Semua ini dia dengar dari hantu yang berdampingan dengan Hasnul.

Sufian terdiam. Cerita yang Atikah ceritakan berbeza dari apa yang dia dan semua orang lain tahu. Hasnul pun langsung tidak buka mulut tentang kematian isterinya. Wajarlah Hasnul menyalahkan diri sendiri.

"Sofea dah pecah air ketuban. Dalam kelam kabut dia tergelincir sebab terpijak air ketuban tu. Dia..." Atikah tidak meneruskan ayatnya. Di matanya terbayang penderitaan Sofea menanggung sakit seorang diri. "Dia tak boleh nak call orang lain sebab phone jatuh pecah."

Sufian tidak dapat membayangkan penderitaan Sofea.

"Betul ke sepupu aku tu nak mati?"

Atikah tidak menjawab. Sudah untuk dia terangkan keadaan Hasnul yang sebenarnya. Bukanlah Hasnul diekori malaikat kematian. Tapi jiwa dan semangat hidup Hasnul yang beransur-ansur mati.

"Dia memang tak mahu hidup. Dia berharap agar Allah cabut nyawa dia. Rasa bersalah tu membuatkan jiwa dia mati. Semangat dia untuk hidup tu dah tak ada. Dia cuma fikir hidup dia tak berguna tanpa Sofea." Terang Atikah lagi.

"Semalam nasib baik kami sempat tahan dia dari panjat pagar balkoni. Kalau tidak memang dah arwah dah."

Atikah tidak terkejut. Melihat bagaimana penampilan Hasnul memang dia tahu lelaki itu mudah terhasut. Manusia dalam keadaan begitu memang lupa segala-galanya.

"Apa patut aku buat sekarang? Aku nak sepupu aku pulih."

"Bawak dia jumpa psikiatri. Dia perlukan nasihat dari doktor. Pada masa yang sama pergi berubat cara tradisional. Halau hantu yang bertenggek kat badan dia tu." Tiada cadangan lain yang dapat Atikah berikan. Dia hanya mampu melihat tapi untuk menghalau hantu yang mempengaruhi Hasnul, dia tidak mampu. Hanya Hasnul yang mampu.

"Sekarang ni dia kat rumah aku. Siapa dekat aje mesti kena tempik. Mak dia sendiri pun dia tempik. Marah sangat sebab tak bagi dia balik kondo. Dengan bapak tiri aku je dia tak bertempik."

Atikah menghela nafas. Itu yang paling dia tidak suka dengar. Terlampau mengikut bisikan syaitan hingga lupa diri. Sampai emak sendiri pun tidak kenal. Kalau dia dapat Hasnul, memang dia kan luku kepala lelaki itu.

"Kau cadangkan fasal kahwin semalam. Macam mana tu?"

"Kau rasa dia setuju ke nak kahwin kalau sanggup tempik mak dia macam tu. Silap-silap tok kadi pun dia tendang nanti." Memang Atikah cadangkan pasal kahwin tetapi kasihan pula isteri Hasnul nanti. Pasti jadi isteri yang dibenci.

Sufian mengeluh. Semua cara yang dicadangkan oleh Atikah seperti susah untuk dilaksanakan. Semoga Allah memberikan dia petunjuk untuk menolong sepupunya itu. Pelayan sampai dengan membawakan makanan.

"Makanlah. Lepas ni aku nak ambik Hana balik kerja. Dia nak cari baju kurung. Nak pakai masa kenduri nanti. Kau datang tak kenduri tu?"

"Tak naklah aku. Malas nak masuk campur hal kau dengan Hana."

"Berani kau tak datang. Cik Mah marah nanti. Jangan lupa karipap dengan popia 200 biji. Cik Mah tempah. Aku nak kuih koci 200."

"Ok bos. Kos penghantaran lima ratus ringgit."

"Ya... nanti aku self pickup." Sufian faham isyarat Atikah.

YOU CAN CALL ME MONSTER (RAW VERSION)Where stories live. Discover now