BAB 7

942 50 7
                                    

"Kau gila." Atikah berhenti melangkah lalu berpusing. Dia mencekak pinggang sambil menghadap Sufian. Dia tidak tahu riak apa yang patut dia tunjukkan sekarang. Perlukan dia marah sebab idea gila sahabatnya itu.

"Tikah. Aku..."

"Kau... Sangat gila!" Atikah tunjuk isyarat hendak mencekik Sufian namun dia batalkan. Dia letakkan bekas kuih di atas motosikal. Helmet dia ambil dan pakai. Kunci dimasukkan ke lubang kunci. Dia harus pergi dari situ sebelum betul-betul mencekik Sufian.

"Tikah... kau dengar aku dulu." Sufian mencabut kunci motosikal Atikah.

"Sufi... bak sini kunci motor aku."

"Atikah. Tolong aku." Rayu Sufian.

"Sufi... kau tau aku akan tolong kau. Kalau kau mintak jantung aku pun... aku sanggup bagi. Tapi bukan tolong kau dengan menikah. Kau tau semua ni mustahil." Atikah tanggalkan helmetnya.

"Aku terdesak sangat ni."

"Kau nampak aku ni layak ke jadi menantu mak long kau. Walaupun Hasnul tu selebet gila tak ingat dunia, dia berhak tau cari calon isteri terbaik. Dan orang itu bukan aku. Lagipun biasanya seorang emak akan cari perempuan baik-baik tau buat menantu. Tapi kau boleh pulak rekomen aku jadi menantu mak long kau. Perkara paling gila." Atikah hulur tangan meminta kunci.

"Ini soal hidup dan mati sepupu aku Tikah. Mati jiwa pun kira mati tau. Dia takde semangat hidup." Hasnul menyimpan kunci motosikal Atikah ke dalam kocek belakang seluar jeannya.

"Sepatutnya kau suruh mak long kau bawak Hasnul tu berubat. Insya-Allah boleh sembuh."

"Memanglah boleh berubat. Tapi kalau hantu tu datang balik macam mana. Kau sorang aje yang nampak."

Atikah geleng. Atas apa alasan sekalipun tetap dia tidak suka dengan cadangan Sufian. Berkahwin memang no. Kahwin dengan Hasnul NO huruf besar aka big no. Dah sah terang lagi bersuluh confirm Hasnul tak akan suka dia. Bagaimana nak hidup bersama. Apa tujuan pernikahan mereka?

"Kau tak cukup 10k nak tebus tanah arwah nenek kau kan."

Atikah angkat kening sebelah. Dah masuk bab duit. Sufian main kotor.

"Mak long aku tentu tak kisah kalau bayar kau 10k. Dia kaya."

"Kau memang kawan tak guna. Ambil kesempatan dalam kesempitan hidup aku. Mempergunakan kelemahan aku. Memang aku nak duit tapi ini bukan caranya." Dia tidak akan gadaikan hidupnya demi sepuluh ribu.

"Atikah... Tolonglah aku rayu kau. Aku tambah lagi sepuluh ribu. Kau kata nak repair rumah kan..."

"Kau... Keji. Aku tak nak kawan kau..." Dia sangat perlukan duit saat ini tapi dia masih teguh dengan pendiriannya. Perkahwinan bukan urusan perniagaan jual beli. Perkahwinan merupakan ikatan suci antara dua jiwa.

"Tolonglah Tikah, selamatkan sepupu aku. Dia anak mak long aku satu-satunya. Kesian maklong aku. Kau tak kesian ke?" Bersungguh-sungguh Sufian merayu. Hubungan dia dengan Hasnul bukanlah rapat sangat. Dia mengenangkan mak longnya yang sayangkan dia.

"Kau memang keji. Aku rasa tak cukup 10K. Up 20K." Atikah memulakan proses tawar menawar. Alang-alang mahu korbankan masa depan biarlah berbaloi. Lagipun Sufian bukanlah sengkek. Dia tahu Sufian mampu.

"Wei. Mata duitan betul." Sufian tidak puas hati. Dia bercekak pinggang.

"Kau yg pancing aku dengan duit tadi. Kau ingat kau sorang boleh cekak pinggang. Aku pun bolehlah." Atikah meniru gaya Sufian.

"Gile." Sufian silangkan lengan pula.

"30K." Atikah turut silangkan lengan.

"Crazy."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 11, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

YOU CAN CALL ME MONSTER (RAW VERSION)Where stories live. Discover now