BAB 6

591 27 0
                                    

"Sufi dah ajak dja pergi jumpa doktor. Dia tengking Sufi. Dia kata dia tak sakit." Sufian labuhkan punggung di sofa bertentangan dengan Puan Aida.

"Dia kata dia tak sakit tapi, Sufi pun nampak sendiri Hasnul macam mana? Asyik termenung. Cakap sorang-sorang. Risau mak long." Puan Aida mengeluh. Anak hanya itulah seorang. Sudah besar panjang tapi tetap juga risau.

"Semalam nampak dia bercakap dengan Atikah. Nampak ok aje. Tak ada pulak dia tengking macam dengan Alinah hari tu." Puan Hashimah tak salah melihat. Memang dia nampak Hasnul berbual dengan Atikah.

"Atikah mana tu?" Puan Aida ada juga perasan Hasnul bercakap dengan seseorang

"Budak Atikah cucu Mak Jah Kuih tu. Anak Salmah yang orang panggil monster tu." terang Puan Hashimah.

Berubah muka Puan Aida. "Anak Salmah... maknanya anak..."

Puan Hashimah mengangguk.

"Halim gadaikan tanah Mak Jah. Tu yang Atikah bawak Mak Jah tinggal kat KL. Mak Jah dah setahun meninggal."

Sufian hanya mendengar perbualan emak dan mak longnya. Sebelum ini mak longnya menetap di Sarawak. Baru dua menetap di Kuala Lumpur. Menjalankan perniagaan sendiri.

Sejak berumur sepuluh tahun hingga habis SPM dia menetap bersama neneknya di kampung. Selepas atuknya meninggal dunia dia menetap kembali bersama ibunya yang berkahwin baru. Neneknya berpindah sekali bersamanya. Semasa tinggal di kampung dia selalu kena buli. Atikah sering menyelamatkan dia dari dibuli.

"Atikah cakap ada hantu yang menyerupai Sofea berdamping dengan Abang Hasnul. Hantu tu pujuk Abang Hasnul bunuh diri. Kata Atikah, sebelum ni Abang Hasnul pernah cuba bunuh diri."

"Allah." Puan Aida terkejut. "Kenapa sampai jadi macam ni?"

"Abang Hasnul rasa dia punca kematian Sofea. Sebenarnya Sofea ada call Abang Hasnul. Telefon dia silent mode. Sebab tu Abang Hasnul salahkan diri sendiri."

"Ya Allah!!!" Puan Aida mengurut dadanya. Patutlah Hasnul seperti hilang arah. Rupanya ada cerita lain di sebalik kematian menantunya. Apa yang mereka tahu Hasnul pulang ke rumah, Sofea sudah pun nazak.

"Mana Sufi tau?" tanya Puan Hasmah.

"Sebenarnya sebelum ni Atikah ada nampak Abang Hasnul. Dia kata Abang Hasnul akan mati jiwa kalau tak di rawat. Dia tau semua ni sebab hantu tu asyik salahkan Abang Hasnul atas kematian Sofea. Hantu tu hasut Abang Hasnul."

Puan Aida tidak mampu berkata-kata. Hanya air mata yang menggambarkan perasaannya sekarang. Dia tidak dapat membayangkan penderitaan anaknya.

"Apa kita patut buat sekarang."

"Assalamualaikum."

Semua mata bertumpu ke muka pintu. Atikah berdiri dengan senyuman di bibirnya.

"Waalaikumsalam. Masuk Tikah. Nak ambik bekas kuih ya."

"Ya. Cik Mah. Nak pakai malam ni. Ada orang tempah kuih." Atikah bersalaman dengan Puan Hashimah.

"Duduk dulu Tikah. Aku ambik bekas kuih." Sufian bangun menawarkan tempat duduknya kepada Atikah sementara dia menghilang ke dapur.

Saat Atikah bersalam dengan Puan Aida, dia mahu menarik tangannya bila wanita itu tidak mahu melepaskannya. Sebaliknya wanita itu memandangnya dengan wajah sayu.

"Betul ke anak aunty akan mati?" tanya Puan Aida sayu.

"Maaf aunty... siapa anak aunty?" Atikah tidak kenal wanita itu. Gaya lagak persis seperti datin.

YOU CAN CALL ME MONSTER (RAW VERSION)Where stories live. Discover now