Prolog I

6K 200 3
                                    


Prolog I

Si lelaki membuka pintu rumah dan membiarkan gadis itu masuk terlebih dahulu. Kemudian, dia mengangkat beg dan barang-barang kepunyaan gadis itu dan bayinya. Setelah itu dia keluar semula menuju ke bonet kereta. Lelaki itu mengeluarkan sesuatu sebelum melangkah masuk semula ke dalam rumah.

Ketika ini, si gadis sedang mengagah anaknya di atas sofa. Anak kecil yang baru sahaja melihat dunia tidak memberi apa-apa respons. Namun, naluri seorang ibu tetap merasa kebahagiaannya. Rasa bahagia yang hadir walaupun tahu anak itu adalah 'dosanya'

"Sorry kalau mummy tak dapat jadi ibu yang baik. Dah besar nanti, jadilah anak yang baik," bisiknya sambil menyentuh hidung anak kecil itu.

Ketika dia sedang khusyuk melayan anaknya, tiba-tiba saja si lelaki tadi datang dari arah belakang dan terus memeluknya.

"B... I love you," bisik lelaki itu.

Si gadis tidak menjawab apa-apa. Dia terus meletakkan bayi itu di atas sofa.

"But, I'm so sorry," habis mengucapkan kata maaf, sepantas kilat dia terus membenamkan sebilah pisau Rambo bergerigi penuh pada leher sebelah kiri kekasihnya.

"Arghhhhhh..."

Si gadis jatuh ke lantai. Badannya menggelupur bagaikan ikan keli di darat. Mata hitamnya hilang kerana menahan kesakitan. Pada masa sama, bayi perempuan itu mula menangis. Kain lampin yang membaluti tubuh kecil itu turut dibasahi darah. Beberapa titis darah ibunya terpancut pada muka bayi itu.

"Kenapa you buat I macam ni? I sayangkan you lebih daripada segala-galanya. You pun cakap, you sayangkan I. Tapi kenapa..." gadis yang belum hilang sakit melahirkan anak kini menggelupur kesakitan di lantai rumah kekasihnya.

"I buat macam ni sebab I sayangkan you. I tak sanggup tengok you tak happy. I buat macam ni dengan harapan you akan happy..."

Cak!

Bunyi mata pisau dibenam pada perut gadis itu.

"Sakit..." jeritnya apabila si lelaki mencabut pisau yang terlekat pada perut dengan ganas sekali. Darah memancut di sana sini. Isi perut gadis itu hampir terburai.

Cak!

Kali ini dibenamkan pula mata pisau itu di dada. Helaan nafasnya semakin lemah. Lama-kelamaan gadis itu sudah tidak mampu bernafas lagi.

"Maaf sayang..." bisik lelaki itu sambil mencium dahi kekasihnya yang sudah tidak bernyawa.

Bayi yang berada di atas sofa terus menangis tanpa henti. Si lelaki buntu. Dia mencabut pisau pada dada gadis itu lalu diangkat tinggi dengan niat untuk membunuh pula bayi yang tidak berdosa itu.

Namun, saat anak matanya memandang ada air mata yang mengalir dari kelopak mata anak kecil itu, terus sahaja niatnya terhenti. Dia merasakan bayi itu seolah-olah sedang merayu agar diberi secebis kasih dan belas kasihan kepadanya.

Pisau Rambo terlepas dari genggaman. Dia jatuh terjelepok. Tidak semena-mena, lelaki itu menangis teresak-esak. 

ASPURI (Asrama Puteri)Where stories live. Discover now