Prolog II

3.7K 152 0
                                    


Buat anakku sayang,

Bukanlah niat ayah menjadikan kau yatim secepat ini. Namun, kita bukan ditakdirkan bersatu sebagai keluarga di atas dunia ini. Berat untuk ayah lakukan semua ini. Tetapi ayah percaya, kamu akan membesar dengan baik bersama keluarga baru ini.

Di sini, ayah sertakan gambar ayah bersama ibu kamu. Biarlah kamu ketahui segala yang terjadi ini adalah disebabkan oleh ayah dan ibumu. Bukan kamu.

Anakku, kamu tidak pernah berdosa. Malah, jika kamu melakukan dosa, biarlah ayah yang menanggung segala-galanya.

Jika ditakdirkan suatu hari nanti kita bertemu, buatlah apa yang kamu suka. Ayah rela diapa-apakan asalkan kamu puas dan segala geram dan dendam itu dilepaskan.

Sampai di sini sahaja. Sebelum itu, janganlah kamu bertanya atau mencari siapa ibu yang melahirkanmu kerana dia telah lena dengan tenang sampai bila-bila.

Sekian.

ASPURI (Asrama Puteri)Where stories live. Discover now