Bab 3

3.1K 121 11
                                    

Jam menunjukkan ke pukul 10:30 malam. Usai kelas persediaan malam dan solat Isyak, mereka semua menuju ke dewan makan untuk sesi supper. Tapi tak semua pelajar perempuan yang memilih untuk minum malam. Bukan sebab menjaga badan tetapi selalunya menu supper memang tak sedap. Paling hambar adalah roti berinti kelapa dicicah air milo cair. Jadi, memang banyaklah roti yang tidak diambil dan selalunya dikitar semula oleh pengusaha dewan makan untuk hari-hari seterusnya.

Bella dan Rara baru pulang dari dewan makan. Seteruk mana pun menu yang disediakan, mereka akan cuba telan juga. Rara mungkin agak memilih kerana dia datang dari keluarga yang agak senang. Namun tidak bagi Bella, setiap makanan yang disediakan adalah anugerah bermakna buatnya.

Bella sedar keadaan keluarganya. Melihat nenek yang gigih bekerja siang dan malam demi menyaranya, dia sanggup mengambil makanan pelajar lain yang tidak dimakan untuk mengalas perut ketika lapar. Paling kurang, dia akan simpan makanan itu untuk dijamah ketika waktu rehat. Seboleh-bolehnya dia akan berjimat cermat. Baginya, setiap makanan adalah rezeki Tuhan. Berdosa kalau dibazirkan.

"Jom blah, sekejap lagi nak panggil budak-budak turun lagi," ajak Rara kepada Bella yang masih mencicah roti ke dalam air milonya.

"Sekejaplah, aku nak makan lagi ni. Kalau kau nak naik dulu, pergilah," kata Bella sambil menyuap roti ke dalam mulutnya.

"Tapi, kalau naik mesti dah malas nak turun. Aku tunggu kau je lah. Kau nak roti aku tak?" Rara menghulur roti kepada Bella.

"Bak sini..." roti bertukar tangan. Bella terus mengoyakkan bungkusan plastik dan mencelup roti ke dalam air milo.

"Selera sangat kau ni," tegur Rara.

"Kenalah selera. Nanti kalau terbangun pukul tiga empat pagi sebab lapar, nak cari makanan kat mana?" Bella mengangkat keningnya sambil memandang Rara.

"Maggi aku kan ada. Ambil je lah dulu."

"Malaslah. Asyik makan Maggi je, otak jadi lembap," tegas Bella.

"Memandai je kau. Ramai je angkasawan, doktor, lawyer yang makan Maggi. Tak lembap pun," Rara pula membidas.

"Sebab dia orang memang bijak semula jadi. Makan apa pun bijak. Aku ni jenis otak kampung yang lembap. Kenalah jaga sikit."

"Cik Bella. Mana ada kajian yang menunjukkan makan mi segera boleh jadi bodoh. Bukan ada letak apa-apa pun dalam ramuannya."

Masing-masing mula meninggikan suara.

"Cik Rara. Dalam perencah Maggi kau tu ada MSG. Cuba kau fikir balik, lepas kenyang makan benda alah ni, kau akan bloated dan rasa malas nak berfikir. Kesannya otak kau macam lambat nak respons. Itu pun kalau kau perasanlah."

Rara terdiam seketika. Apa yang dikatakan Bella ada betulnya.

"Memanglah kesannya kita tak nampak secara terang-terangan tetapi akan perasan apabila kita muhasabah diri. Jadi, banyak-banyakkan muhasabah diri. Lagipun, mi segera eloklah kita buat bekalan sewaktu kecemasan saja. Sekarang ni banyak gila makanan, buat apa nak makan Maggi."

"Hurmmm... ye lah... ye lah!" Rara mencebik.

"Lagipun aku ni orang susah, Rara. Nenek aku selalu pesan, hargai setiap makanan. Sedap atau tidak, itu rezeki kita. Jangan sesekali membazir."

"Baiklah Puan Bella," akhirnya Rara mengalah.

"Dah, tak payah nak berpuan-puan. Aku dah settle ni. Jom blah..." Bella terus mencapai beg dan terus bergerak ke sinki. Usai membasuh tangan, terus sahaja mereka meninggalkan dewan makan dan bergerak pulang ke aspuri.

Sebaik sampai di kawasan asrama...

"Budak form four semua turun ke bilik study! Sekarang!" Jerit Bella sekuat hati. Walaupun keadaan aspuri sedang riuh rendah tetapi langsung tidak menenggelamkan suara nyaring gadis itu.

ASPURI (Asrama Puteri)Where stories live. Discover now