Bab 1

4.3K 135 10
                                    

1 Januari 2016.

"Weh, korang cuti hari tu pergi mana je?" Tanya Adila pada rakan sebiliknya yang lain.

Walaupun jam sudah menunjukkan angka 12.30 tengah malam dan sepatutnya semua sudah lena, tetapi seluruh asrama puteri masih meriah dengan aktiviti-aktiviti penghuninya. Biasalah, selepas sebulan lebih bercuti, mesti banyak updates dengan kawan-kawan.

"Aku balik kampung, jumpa nenek dengan atuk. Lepak dengan sepupu sepapat aku," jawab Rara sambil melipat pakaian yang dikeluarkan dari luggage-nya.

Sarah Farihah Binti Azman. Dari tingkatan satu sehingga sekarang orang memanggilnya Rara. Dia merupakan anak tunggal. Ibunya seorang doktor manakala ayahnya pula jurutera. Rara antara pelajar pintar dalam tingkatannya. Sewaktu PT3 lepas, dia mendapat straight A's dalam semua subjek.

"Aku ikut family ke Jakarta je. Emak aku teringin sangat nak makan bakso Jakarta. Tapi seminggu juga family aku kat sana. Mula-mula ingatkan bosan, tapi best jugak Jakarta tu," Finy yang sibuk menyiapkan kerja sekolah pula bersuara.

"Bosan gila. Aku pergi London kot. Seronok gila. Apa class setakat Jakarta dengan balik kampung je. Bosanlah family korang ni. Pergilah jalan jauh sikit," Puteri yang sudah terbaring pun turut mahu bercerita. Semua orang tahu dengan perangai Puteri, jadi tiada siapa yang respons dengan ceritanya. Meluat!

"Bella, kau pergi mana? Ceritalah sikit. Diam je dari tadi. Selalunya kau yang paling bising," tegur Rara.

Bella sedang mengemas lokarnya. Dari tadi dia hanya memasang telinga mendengar perbualan rakan-rakan sebiliknya. Entah mengapa dia merasakan tidak perlu turut serta dalam perbincangan mereka.

"Tak ada sesiapa nak bawa aku pergi mana-mana. Jadi, aku stay dengan nenek aku je. Aku duduk rumah siapkan kerja sekolah untuk korang tiru. Itu pun masih ada yang tak siap," ujar Bella. Ada nada sedih dalam bicaranya. Suasana dalam bilik itu menjadi sunyi seketika.

Nabila Husna Binti Abdullah atau lebih dikenali Bella. Bella seorang anak yatim. Dikatakan ibu dan ayahnya meninggal tiga hari selepas dia dilahirkan. Jadi, dia memang tak kenal dan tak pernah lihat wajah kedua orang tuanya. Dia tinggal bersama nenek yang dikenali sebagai Nek Senah. Bella juga seorang pelajar yang pintar dan rajin. Seperti Rara, keputusan PT3 lepas pun dia berjaya memperoleh semua A. Bella dan Rara memang berkawan rapat semenjak tingkatan satu lagi.

"Weh, nervous-lah. Tahun depan dah nak SPM. Korang dah ready ke?" Menyedari perubahan rakan baiknya, terus saja Rara mengubah topik. Sedikit sebanyak dia pun rasa bersalah kerana turut serta membicarakan hal itu.

"Aku tengok soalan tahun lepas susah kot. Harap soalan tahun depan tak susah sangat," sokong Adila yang masih melipat baju. Biasalah budak perempuan, 10 helai baju kurung pun tak cukup untuk dipakai seminggu.

"Korang jangan nak buat-buat risau sangat boleh tak? Korang pandai-pandai. PT3 sdapat semua A.. Tak macam aku, 7A je. Aku yang sepatutnya kena risau lebih," kata Finy yang sibuk meniru kerja sekolah Bella.

"Ala, itu PT3. Tak ada kaitan langsung dengan SPM. Yang dah berlalu biarkan berlalu. Sekarang kena fokus untuk SPM pula. So, jangan ingat nak honeymoon je," tiba-tiba Puteri bersuara.

"Kau diamlah Puteri, pergi tidur!" Rara sudah tidak mampu bersabar dengan sikap kawannya ini.

Puteri seorang anak orang kaya tipikal yang jika meminta apa saja, semuanya akan dapat. Dengan kesenangan yang dimiliki, kata-katanya juga sedikit membongkak. Sebab itulah rakan-rakan lain tidak gemar mendekatinya. Malah, dia juga suka cakap lepas. Jika tidak suka sesuatu, terus sahaja diluahkan tanpa memikirkan kesan dan perasaan orang lain.

ASPURI (Asrama Puteri)Where stories live. Discover now