- 10 ♡

967 169 3
                                    

「Jihyun's POV」

Berat hati nak tinggalkan Han walaupun perbualan Han semuanya dibalas dengan 'akan tahu nanti,' . Seakan-akan dia tahu apa akan berlaku selepas ini.

Macam mana kalau aku nak tahu kalau kau tak nak jawab ? Plus.. Bila nak kenalkan dengan kawan dan adik-beradik aku. Dia orang kata dia tak pernah nampak aku cakap dengan lelaki. Fucek.

Aku kembali ke tempat asal sebelum aku ke bahagian bawah. Tiba-tiba saja satu suara menyapa aku dari belakang membuat aku sedikit terkejut.

“Well... well... well... Sana, tengok siapa ada dekat sini. Orang yang lari dekat sekolah tadilah ! Ada dekat sini rupanya !” Aku menoleh kebelakang tanpa apa-apa reaksi.

Jisoo menjeling. Manakala aku tidak terlalu fokus pada mereka dan cuba melarikan pandangan dari mereka membuatkan Sana berdecit. “Dasar pengecut. Muka cantik, lawa. Hm tapi akal. Letak dekat kepala, bukan dekat lututkan ?” tanya Sana menyetuh satu per satu inci kulit aku.

Aku tidak menjawab, malas mahu mencari gaduh. “see ? Dia bisu sebenarnya. Sebab tu ex dia permainkan dia. Haha kasihan la aku tengok kau ni, simpatinya gila rasanya !” katanya dengan penuh teriak berlagak.

Panas telinga aku mendengarnya. Buat suka hati mak ayah bapak nenek moyang dia saja cakap aku dipermain oleh Chan.

“Omo ! Omo ! Tengok selipar dia ! Gucci,” Teriak Jisoo selepas melihat selipar yang aku pakai. Amboi, amboi... Kau fikir seliparku pujaanmu ?

Sana datang mendekati aku, dari jauh dia terbelek-belek selipar aku. Aku berkerut memandangnya seperti orang tak betul.

Lantas aku mencabutnya. “Eh kau takut kantoi sebab tu fake ke ?” soalnya berlagak.

“Eh mana ada. Tak nampak ke aku tengok kebodohan engkau dengan Jisoo,” kata aku tergelak walaupun hambar membuatkan mereka berdua menjeling sama satu lain.

“Cukuplah Chan je yang bodohkan kau, suka hati mak dengan ayah kau je bodohkan aku dengan Jisoo !” Sana mula memberontak.

“Ugh, kau tahu tak sekarang kau nampak macam tengah membuang ? Buang tabiat dan aku pula membuang masa melayan kau. Ketepilah aku nak balik. Dahlah batak tengok selipar orang,” kata aku berdiri menolak badan Sana dengan PERLAHAN dan dia dengan sengajanya menjatuhkan diri.

• D R E A M •

TING!

Gila

kau kenal ke siapa diaorang?

siapa diaorang?
yang mana

perempuan.

Nayeon dengan Yuna
they so kind tho

bukanlah
perempuan yang berani sentuh kau just now dekat taman.

kau ni siapa?
stalker eh?
Macam mana kau tahu .

hahaha adalah.
cepatla, kenal ke tak?

(seen at 4:42 p.m.)

Aku mula mengeluh mengenangkan siapa sebenarnya identiti dia. Macam mana dia tahu yang aku jumpa Sana dan Jisoo ?

Agak menyeramkan tapi aku tak boleh nak serang serta-merta. Adakalanya kita kena simpan semua dalam hati.


Edit: 27.6.2020

Dream - Han Jisung.Where stories live. Discover now