- last ♡

1.3K 172 11
                                    

「Jihyun's POV」

Situasi malam ini, betul-betul sunyi. Group whatsApp itu sunyi, tiada satu pun notifikasi masuk. Mungkin kehilangan tiga jejaka kacak itu amat terasa walaupun kami baru saja kenal.

Fikiran aku bercelaru, takkan setakat hanya mahu membayar dua tiket. Kenapa 'pembunuh' itu harus mencucuk leher mereka sehingga terbunuh ?

Menurut CCTV, pisau itu terbaling tepat pada leher Hyunjin dan Jeongin. Pasti jenayah tersebut telah berlatih bersungguh-sungguh.

PAK!

Sekilas pandang aku menoleh tingkap, anggapan aku mungkin aku terlalu rindukan jisung. bagaimana cara dia membaling tingkap supaya aku terganggu. 

PAK ! PAK !

Khayalan apakah ini ? Bukan mimpi, aku masih ada akal untuk fikir sama ada ini mimpi atau tidak.

Perlahan aku bangun, menuju pada tingkap itu dengan keadaan mengigil. "BAA !" 

"Oh woojail anak haram," melatah aku amboi teruk bebenor.

"engkau ni okay ke tak ? sini layan aku sini," panggilnya buat aku memandang jijik. dasar seungmin taik kucing.

"jom ikut aku ?" belum sempat menjawab. dia dah tarik tangan aku. apa-apa pun roger la dulu, aku ni dengan seluar bukan main buruk. muka pun berminyak. barai sungguh.

D R E A M •

Entah kemana dia bawak aku. Jalan ini gelap, tiada bunyi kecuali angin yang bertiup. fikiran aku sudah bercelaru memikirkan sesuatu yang tidak patut.

aku berhenti mengejut membuatkan seungmin menunjukkan wajah bengangnya, genggaman pada lengan aku tidak mahu dilepaskan.

"Kau nak apa ?!" jerit aku.

dia akhirnya melepaskan aku. wajahnya sayu, perlahan dia kata, "kita lari dari Jisung,"

aku terdiam, "J-Jisung ? kau kenal dia ?" tanya aku tergagap. 

dia kembali menggegam lengan aku dan berjalan dengan pantas sehingga ke dalam hutan yang langsung aku tidak pernah jejak.

"kenapa kau bawak aku dekat sini ?" soal aku dengan cemas. takut mengawal diri aku membuatkan aku mengigil.

seungmin tersenyum tapi badannya nampak mengigil. "kau okay ?"

"Jisung. dia bunuh kawan aku, dia bunuh semua kawan aku !!" jeritan dia buatkan semua burung yang ada dalam hutan itu beterbangan pergi.

aku terdiam namun air mata aku tidak. berjurai dia menitik bertitisan jatuh bertemu rumput di lantai itu. "mana kau tahu.. ? tak lawak kalau kau main tuduh dia. dia dah mati !"  lawan aku.

minda aku serabut. tidak mahu menerima apa yang seungmin katakan.

dia berdecit, "kau tak percaya ? ok fine. han jisung... kau cakap dia sekarang, dia degil macam kau !"

aku berkerut dan serta-merta badan seungmin jatuh bertemu lantai membuat aku lebih kabut.

"seungmin, bangun ! ey.. tak lawak la !" aku menampar pipinya cuba membangunkan dia namun tidak. dia masih memejamkan mata, nafasnya yang semakin berat buatkan aku betul-betul takut.

tidak sampai satu saat, mulut aku terlalu masin ? nafasnya buat kali terakhir  telah berjaya dilepaskan. 

aku terduduk. merenung wajah mayat seungmin yang cuba menolong aku. "jihyun, maafkan aku," suara merdu aku kenal itu buatkan aku mengangkat muka.

suara jisung namun badannya seungmin, "seungmin, janganlah macam ni. jangan buat suara dia, aku benci dia !" kata aku mengoncang badan seungmin itu.

"Kau benci a-aku ?" soalnya mengigil.

"tak aku tak benci kau. aku benci han jisung," kata aku. tidak boleh nafikan, walaupun itu badan seungmin tapi aku rasa jisung dekat dengan aku. 

"fine, tak apa. aku faham kau ada life dan kau boleh hidup dengan sesiapa saja tanpa akukan ? aku dah tak wujud, kau pun dah benci aku," dia tergelak kecil sambil tersenyum perit.

" hah patutnya aku wish kau untuk ada better life. ini tidak, aku bunuh semua lelaki yang ada dekat dengan kau. lepastu aku sendiri expect untuk kau datang balik dengan aku. sedangkan dunia kita berbeza," sambungnya.

aku mengetap bibir aku. masih ragu-ragu, tidak mahu bersuara kerana aku betul-betul bersalah. pandangan pun tidak mahu di angkat, takut melihat wajah seungmin bersama roh jisung di dalam.

"jihyun, sayang.. " tangannya tepat pada bahu aku, hanya sedikit pandangan aku beri pada dia.

air matanya jatuh tapi masih mampu tersenyum, "jaga diri baik-baik. cari lelaki baik-baik macam seungmin ni, okay? it's okay to hate me. i'm sorry kalau aku buat hidup kau lebih merana," katanya melepaskan tangannya dari bahu aku.

"semua ni salah Jihyunkan ? kalau kita tak jumpa, mesti jisung ada lagi dekat dunia ni. jisung tak buat apa-apa malah jisung tak mati katak demi jihyun," kata aku menguatkan suara. 

dia berdecit, mengelengkan kepalanya. "tak, semuanya ni namanya cinta," dia tergelak kecil lalu menepak ke belakang.

depan mata aku sendiri, terlihat badan seungmin rebah atas rumput dan bayang-bayang putih bercahaya keluar dari badan seungmin.

bayang yang seiras jisung.

tak, memang jisung.

dia tersenyum manis bersama gummy smile yang buatkan hidup aku lebih terang, ceria dan happpy.

"jisung-sshi, jaga diri baik-baik dekat sana. tunggu jihyun datang," kata aku buatkan dia mengangguk . tidak lepas senyuman dari wajahnya.

perlahan bayang itu hilang. kini, aku pula tersenyum, memandang langit malam. "in the another life, i would be your girl," bisik aku.

THE END.



Dream - Han Jisung.Where stories live. Discover now