- 13 ♡

917 162 13
                                    

「Jihyun's POV」

Bangun pagi~
Gosok gigi~
Main tiktok~
Lepastu baru mandi~

“Jihyun ! Kau ni menyusahkan oranglah. Dahlah lembab, lambat pula tu ! Boleh nyanyi-nyanyi lagi ?! Keluar cepat,” Arah Minhyuk dengan kuat dari luar bilik air.

Nak buat macam mana, aku memang jenis mandi lambat. Aku rasa macam mandi itu adalah benda yang paling tenang. Boleh buat concert, boleh menari, boleh berangan dan boleh luah perasaan kita. Pada hal, syaitan yang menghasut kita.

Bengis muka Minhyuk melihat aku yang mampu tersenyum riang memakai baju sekolah. Nanti yang kena denda bukannya dia, kabut sajalah. Aigoo..

D R E A M •

Senyuman Nayeon, Yuna dan Lisa menyerikan lagi hari aku. Sweetkan ? Hari ini Lia akan bersama kami sekali lagi. Mungkin dah boleh terima pemergian abangnya. Kalau Minhyuk pergi selamanya satu hari nanti, aku pun akan rasa apa yang Lisa rasa.

“Eh, tu Jeongin ! Jom kita pergi dekat dia.” ajak Yuna. Dia nampak seperti idola jejaka ramai tetapi mukanya yang garang menakutkan.

Jeongin, Seungmin dan Felix masing-masing tersenyum pada aku. Terus aku membalasnya dengan senyuman manis bak lolipop.

“Ah !” tiba-tiba aku menjerit. Sentuhan dari belakang aku membuatkan aku terkejut.

“Oh sorry. Wrong person. Yuna, rambut kau tukar lainlah. Keliru dah. Eh— sekejap. Ni siapa ?” tanya lelaki berpakaian seperti boyfriend material. Kemas, rupanya boleh tahan menarik perhatian.

“Dia Lee Jihyun, bakal isteri aku. Nampak tak Kim Seungmin dengan Lee Jihyun. Ngam !” Kata Seungmin membuat aku tergumam. Sedap mulut dia saja !

“Hai, saya Hyunjin,” dia menghulurkan tangannya. Ramai rupanya member mereka ni. Aku tersenyum menjabat tangannya.

“felix kau okay tak ni ?” tanya seungmin melihat Felix terdiam.

“ha? eh aku ok je,” jawab felix dengan ringkas. Dia memang tidak selalu berbual atau apa ? Almaklumlah aku baru saja kenal dia.

“Ye ye Felix ni. Dia tu dah dilamun cinta,” ujar Nayeon memerli Felix membuatkan dia menidakkan dusta.

“Kau dah lain Felix. Selalunya... Engkau paling bising !” sengaja Hyunjin menambah.

“Haih mana ada !” Muka Felix sekali lahi merah padam. Sedaya upaya dia cuba cover  namun gagal.

Akhirnya dia terpaksa meminta izin untuk pergi ke kelas supaya tidak lambat dan tak mahu kena denda untuk larikan diri dari situasi yang agak memalukan baginya.

Pantas dia lari sehinggakan dia tersadung. Dia toleh ke belakang melihat kami semua sedang gelak melihat dia.

“Jihyun.” Panggil Jeongin.

“Ye ?”

Jeongin tersengih. “Kau mesti tak tahukan Felix sukakan kau,” katanya membuat aku meneguk air liur aku.

Apa yang aku dengar ni ? Lepas aku mengejek Felix yang merah padam itu. Aku pula yang malu.

“Di mana dia~~  Pipi merah saya~~” Hyunjin menyanyi membuatkan aku memukul bahunya. Malu anjay.

“Nyanyi pun salah, ada hati nak ejek Jihyun . Jihyun, jomlah masuk kelas,” ajak Lisa .

So i guess this is my new family. Welcome to my new world without Chan </3

D R E A M •

Waktu Fizik sudah pun habis. Untuk kelas seterusnya, semua kawan yang aku kenal tak sama. Jadi, aku akan keseorangan.

Sebelum aku kelas, sempat aku singgah ke locker mengambil buku yang diperlukan. Terlihat sticky note lagi tertulis...

Jangan rapat dengan dia. Titew cemburu !

P.H

Tulisan dan orang yang sama. Bukan nak benci tapi benda ni nampak seperti stalker. Seram. Kalau apa-apa dia buat dengan aku nanti macam mana ?

Tiba-tiba.. Tali ikatan aku diketatkan. Han sedang mengikat tali kasut aku dengan rapi dan tersusun. “Ikatlah betul-betul. Nanti jatuh siapa nak sambut ?” soalnya dengan suara yang lembut.

“Okaylah. Jangan jatuh tau ! Saya nak kena pergi ni !” Lima saat luangkan masa bersama dia . Aku tak puas.

Persoalannya, apa dia buat dekat sini dan kenapa dia berada disekolah ni ?

Edit : 1.7.2020

Dream - Han Jisung.Where stories live. Discover now