- 14 ♡

893 161 2
                                    

「Jihyun's POV」

Aku pergi ke taman selepas pulang ke sekolah. Tidak lagi aku fikir kemarahan ayah dan mak lagi. Mereka tak kesah sebab perkataan kebebasan dari mulut mak sudah keluar.

Jam menunjukkan pukul 5:30 petang dan manusia yang aku harapkan untuk muncul tidak lagi keluar.

Mungkin dia masih berada di sekolah . Aku memutuskan niat dan naik untuk ke taman biasa yang dipenuhi ramai orang berbasikal.

Tangan aku ditarik kemudian aku dipeluk . Rasa hangat, sama ada nafasnya atau darahnya yang buat aku rasa selesa

Aku tak balas oelukannya walaupun aku sudah tahu siapa dia. “Jihyun ?” panggil dia.

Aku hanya mengumam sebagai respon. “Maafkan apa yang lakukan sebelum ni. Saya bukan apa yang awak fikir. Saya jahat,” terangnya seakan-akan memberitahu hal yang sebenar.

Aku membalas pelukannya . Badannya aku usap. Semua orang nak bersedih. Ada apa-apa yang terjadi tapi aku tak tahu ?

“Awak tak salah pun Han. Dah jangan cakap macam tu. Tak elok tahu tak ?” soal kau masih lagi cuba memujuknya.

“Tahu tapi—”

“Ada apa-apa awak dah buat ke sampai macam ni sekali ?” soal aku membuat dia melepaskan diri dari pelukan.

Senyuman pahitnya jelas terlihat. “Tak tak ada apa-apapun,” katanya menarik tangan aku untuk duduk ditempat biasa.

• D R E A M •

Jalan untuk pulang dari sekolah ke rumah tidak mengambil terlalu lama. Hanya dalam sekadar lima minit saja.

“Look... Who's here Sana ?” punca suara dari belakang membuatkan langkah aku terhenti.

“Ex- Chan,” suara Sana , meluat pula aku dengar.

“Kau nak apa ni ?” tanya aku namun mata kami masih tidak mampu bertemu mereka. Bukan pengecut tapi cuma malas mahu cari gaduh.

“Bodoh. Kenapa banyak-banyak lelaki kau pilih Chan ? Sekarang jangan rapat dengan Felix atau Hyunjin ! Ingat tau, aku dah warning kau siap-siap,” kata Sana dengan suara yang tegas.

“Rasanya Felix dengan Hyunjin tu tak perlukan aku dan aku pun taknak diaorang. Tapi... Diaorang nak kau ke ?” aku tanya perlahan-lahan menoleh belakang dengan muka yang penuh lagak.

“BANGSAT LA KAU PERGI MATI !” Kata Sana hampir menampar aku tepat pada pipi .

“Sana, berhenti !” Nayeon mencapai tangannya sebelum sempat mendarat pada pipi aku.

Lisa dan Yuna juga turut mendekati memandang Sana dan Jisoo dengan penuh jijik.

“Wow ! Jadi kau kawan dengan adik dia ? Hm kau nak ambil kesempatankan perempuan ?” Tanya Jisoo melihat Lisa kemudian berbalik pada aku.

Aku berdecit. Menghadap muka Jisoo dan Sana itu. “Aku masih ada maruah. Takkan aku nak awan dengan dia semata-mata manusia yang dah mati tu ?!” jerit aku tepat pada wajah Jisoo diperhatikan Sana.

“Kebanyakkan awek Chan nakkan duit,” kata Sana sambil menyilangkan tangannya. Kali ini Lisa pula yang kehadapan.

Slap !

Satu tamparan terkena pada Sana. “Jangan lupa siapa yang buat Chan jadi playboy. Siapa yang sakitkan dia buat kali pertama ?!” Jerit Lisa kepada Sana yang tak mampu bersuara.

“Kalau layan mereka ni, sampai esok kita tak habis. Jomlah balik,” Yuna memegang tangan aku dan bergerak ke jalan rumah aku diikuti oleh Nayeon dan Lisa.

Edit: 2.7.2020

Dream - Han Jisung.Where stories live. Discover now