- 15 ♡

905 156 9
                                    

「Minhyuk's POV」

“Kau nampak tak mana Jihyun pergi ?” soal Jieun datang dari biliknya mengacau aku sedang enak makan. Aku menggeleng tanda tidak tahu dan sambung makan capati yang jiran sebelah bagi.

“Kau pergilah cari dia,” arah Jieun memandang tajam.

“Aku pula ? Tak naklah. Lagipun mak degan ayahkan dah bagi dia bebas. Biarkan je la, halamak !” aku memberontak.

“Kepala kau. Nak biarkan dia ? Dah nak pukul berapa ni, pergilah cepat cari dia !” Jieun sudah membebel. Kita tak boleh nak lawan. Nanti bak singa makan Lee Minhyuk.

• D R E A M •

“Jihyun !” aku merayau hampir semua tempat sehingga sampai ke taman di mana tempat aku danJieun bermain basikal kelmarin.

Seorang gadis sedang duduk di tepi kerusi berpakaian baju sekplah yang pendek dan— oh shit. Itu Jihyun !

Baru saja aku mahu mengejarnya, pergerakkan aku terhenti. Taman dibawah itu tidak dibenarkan masuk disebabkan kebakaran ketika dahulu.

Kebakaran yang merubah hidup dia. Jangan-jangan dia ingat Jisung ?

Lupakan dia, aku perlu balik. Tak berani aku mendekati Jihyun itu. Entah entah dia telah dirasuk. Eh apa aku fikir ni .

• D R E A M •


“Jieun !” tersemput-semput aku berlari ke dalam rumah tapi semuanya terhenti apabila aku melihat Jihyun sedang tersenyum di sofa bersama Jieun.

“Eh ? Kau dah balik ? Bila—” mata aku terkebil-kebil memandang Jihyun yang benar-benar wujud.

“Kau cari lambat sangat, dia sampiai dulu dengan kawan-kawan dia,” ujar Jieun menjeling aku. Itulah dia risau sangat budak tu. Sekarang aku yang berdebar.

“Tadikan— hm tak ada apa-apalah,” aku seakan-akan speechless dengan semua yang berlaku. Tak terkeluar ayat yang mahu dikatakan tadi.

“Kawan Jihyun tunjuk jalan, mungkin sebab tu Jihyun balik lagi awal sebelum kau yang sibuk cari aku macam budak 5 tahun hilang,” kata Jihyun mengeje sebelum aku menaiki tangga untuk masuk ke dalam bilik.

Mata Jihyun nampak sebenarnya nampak layu namun dia masih mampu tersenyum, tergelak dan bergurau dengan Jieun. Apa sebenarnya yang berlaku dekat adik aku ?

Selepas aku mandi dan mengemaskan diri supaya bersih dan tenang dari apa yang berlaku sebentar tadi. Aku pergi ke bilik Jihyun untuk tanya dia beberapa soalan.

Tok ! Tok !

Pintu itu perlahan aku buka, sedikit seberapa aku mengintainya. Terlihat diasedang duduk berdekatan dengan tingkap. “Kau ni dah kenapa tenung dekat luar malam-malam ni ? Tak takut ?” tanya aku.

Jihyun mengangkat kedua-dua bahunya. “Tak adalah. Jihyun cuma pelik. Dulu masa kita dekat rumah dulu. Ada seorang lelaki ni dia suka baling batu dekat tingkap Jihyun. Paling Jihyun pelik, tingkap tu tak ada pun kesan calar,” terangnya dengan bersungguh-sungguh.

“Jadi kenapa kau tak bagitahu aku ?” soal aku berkerut melihatnya .

“Ha ? Hello Lee Minhyuk. Kalau aku bagitahu kau, mesti kau tak percaya. Lagipun itu dekat rumah lama. Sekarang— hari-hari aku bau ada benda terbakar,” perkataan terbakar yang keluar dari mulutnya buatkan aku terkesima.

Terbakar ? Satu saja hal yang bermain dalam fikiran aku. Han Jisung. Sebelum apa-apa terjadi, aku perlu bagitahu dia tentang Han Jisung.

Dream - Han Jisung.Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon