TSA 17

2.2K 166 0
                                    

Semua ahli Speed yang terlibat dengan operasi malam ini sedang bersiap sedia .

Shayla masuk ke dalam bilik yang mempunyai pelbagai senjata di tingkat tiga markaz. Tangan pantas mencapai beberapa pistol dan sniper . Beberapa bom tangan dan bom asap juga diambil lalu dimasukkan ke dalam beg yang agak besar .

Zaidi dan Syed memeriksa kenderaan yang akan digunakan. Brek,tayar dan enjin semua diperiksa dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kemalangan.

Tia pula sedang memberikan earpiece kepada semua yg terlibat. Dibantu oleh Faris.

"Ready?" Khalif menyoal selaku ketua untuk misi kali ini.

Semua mengangguk dan bergerak keluar dari markaz dan pergi ke tempat yang sudah diarahkan.

💙💙💙💙💙

Setengah jam perjalanan mereka tiba di kilang yang agak buruk dan berada ditengah- tengah hutan terpencil.

"Jangan ada yang terbunuh. Kita hanya akan buat kerja secara sembunyi dan senyap. faham?" Khalif mengingatkan sekali lagi anak buahnya.

"Team 1 pergi dulu" Team 1 terdiri daripada Zaidi, Syed dan Shayla .

"Team 2 follow" Team 2 terdiri daripada Qhaye, Khalif dan Irfan .

Team 3 menyusur setelah kelibat Team 2 menghilang. Team 3 terdiri daripada Tia, Faris dan Hilman.

Zaidi berusaha membuka pintu belakang kilang bersama Syed. Shayla memerhatikan sekeliling . Mereka bertiga diarahkan untuk mengambil semua dadah yang ada dan membawanya pergi untulk diserahkan kepada pihak polis.

Pintu itu berjaya dibuka. Langkah pertama di mulakan oleh Shayla. Mereka bertiga memasuki kilang itu dengan slow motion dan berhati hati.

"Kitaorang dah masuk" Shayla berkata menggunakan earpiece.

Team 3 yang berada di atas bumbung kilang itu mengangguk selepas suara Shayla kedengaran ditelinga mereka. Faris membuat satu lubang menggunakan laser .

Lubang itu terbuka . Serpihan itu jatuh kebawah lalu disambut oleh Syed yg berada di dalam kilang.

Mereka bertiga memasuki kilang menggunakan lubang itu. Ini kerana pintu utama penuh dengan musuh jadi mereka memutuskan untuk memasuki kilang ini dengan menggunakan cara yang lain seperti sekarang.

Tia, Faris dan Hilman tanpa menunggu lama pergi ke setiap bilik untuk menangkap orang King Snake.

Hilman membuka pintu secara perlahan . Keadaan yang gelap membuatkan kerjanya agak sukar. Pintu berjaya dibuka dan mereka bertiga memasuki bilik itu.

Orang-orang KingSnake sedang enak dibuai mimpi.

Tia menggeleng kepala . "Macam mana tak kena serbu kalau semua tidur?"

Dia berkata perlahan yg hanya mampu didengari oleh Faris dan Hilman.

Salah seorang dari org King Snake bangun apabila mendengar derapan kaki. Dia terkejut lalu mengambil pistol disebelahnya dan mengacukan ke arah Tia.

Tia selamba menuju ke arahnya.

"Nama kau apa?" Soalan Tia tadi mengejutkan 4 orang yg lain dari tidur. Mereka terkejut dan mengeluarkan senjata .

"Hilmi. Orang kanan Simon, Ketua King Snake" Jawab Hilmi detail.

Tia mengangguk dan berundur. Pistol Hilmi masih diacukan ke arahnya.

Salah seorang dari orang KingSnake bangun dan menyerang Hilman. Hilman yang menyedari dirinya akan diserang terus mengelak lalu memegang leher anak buah Simon dan menumbuk perutnya kuat .

Anak buah yang lain bengang dan menyerang mereka bertiga.

Tia memusingkan tangan musuhnya dan menyiku dada lelaki tersebut menyebabkan musuhnya jatuh terbaring.

Semua habis ditewaskan.

Team 4 mengikat musuh yg telah ditewaskan oleh Team 2 dan 3 lalu mengheret mereka ke kereta untuk diserahkan kepada polis.

Sementara Team 2

Team 2 yang berada di hadapan kilang berjalan perlahan dan berhati hati . Mereka harus menewaskan musuh yang berada dihadapan kilang supaya ahli Speed yg lain dapat melalui laluan ini apabila tugas mereka sudah selesai.

"Woi korang siapa?!"

Mereka bertiga dijerkah oleh sekumpulan lelaki. Tak lain tak bukan semestinya anak buah Simon.

Mereka bertiga berpaling ke arah sekumpulan lelaki tadi. Qhaye,Khalif dan Irfan bersiap sedia dengan senjata masing-masing.

Lama mereka bertentang mata dan bermulalah peperangan antara tiga lawan sembilan.

Seorang lelaki menuju ke arah Qhaye dan menolak Qhaye hingga jatuh terduduk. Qhaye tidak menunggu lama menyepak perut lelaki tadi hingga terbaring.

Qhaye kenal sangat dengan lelaki yg menyerangnya tadi iaitu Jack adik kepada Hilmi.

Jack bangun, dia meluru ke arah Qhaye dengan mengacukan pistol .

BANG

Qhaye berjaya mengelak tembakan dan terus menumbuk berkali kali perut Jack hingga senak.

Qhaye menarik rambut Jack yg panjang lalu menumbuk muka lelaki itu .

Baru sahaja Qhaye ingin membantu Irfan yang sedang bergelut dgn musuh yg ramai dia ditarik ke dalam pelukan Jack.

Qhaye bengang lalu menyiku dada Jack dan menyepak perutnya sehingga lelaki itu kebelakang dan terbaring kepenatan. Qhaye memukul kepala Jack dengan hujung pistol sehingga lelaki itu pengsan.

Khalif terlihat salah seorang pihak musuhnya sedang mengacukan pistol ke arah Qhaye yang sedang membelakangkannya.

Jantungnya hampir tercabut melihat keadaan itu. Dia menumbuk musuh yang dia sedang bergelut sekarang hingga pengsan lalu meluru ke arah Qhaye dan memeluk gadis itu .

Mereka berdua berguling dan terbaring.

Khalif tidak menunggu lama terus pergi ke arah lelaki yg hendak menembak Qhaye tadi dan memberikan dua tumbukan padu .

Qhaye yg terkejut dengan keadaan tadi terduduk. Dia melihat Khalif yg sedang berlawan dgn pihak musuh.

Khalif.. selamatkan aku kan tadi?

Arghh biasa lah tu. Korang kan sepasukan memang la dia selamatkan. Takde maksud lain, please Qhaye wake up!

Qhaye melihat makin ramai pihak musuh mengelilingi Khalif dan ingin menjatuhkan lelaki itu terus sahaja pergi ke arahnya untuk membantu.

Khalif lega melihat Qhaye tidak cedera dimana-mana. Mereka bertentangan mata dan terus meneruskan tugas untuk menumbangkan pihak musuh.

🎈🎈🎈🎈🎈

"Tahniah atas bantuan kamu semua. Mission complete. Saya bangga dan bersyukur kerana tiada yg tercedera teruk ataupun terbunuh" Tuan Mikael berkata dengan senyuman . Hatinya lega kerana satu bebannya hilang.

"Kamu semua boleh berehat dan boleh terus pulang ke rumah masing-masing " Katanya lalu pergi ke arah Inspektor Khairul , salah seorang polis disitu.

The Six Agents ✔Where stories live. Discover now