TSA 20

2K 155 1
                                    

"Sebelum saya keluar kelas saya nak tanya pasal kehadiran ke zoo, ade sesiapa tak boleh pergi? Atau malas?" Ustazah Jannah berkata sambil mengemaskan meja .

Semua senyap. "Kalau macam tu hantar semua borang kebenaran, kalau tak cukup 25 orang siap awak" Tukas guru itu lagi bersama amaran.

Semua pelajar 5 Vit bangun dan memberi borang kebenaran yang telah ditanda oleh ibu bapa masing-masing kepada guru kelas mereka.

"Okay bagus cukup 25. Lawatan ni seperti yg kamu dah baca dalam borang tersebut, lawatan ni diadakan pada hari Sabtu iaitu esok jadi jangan lupa ye? Pukul 7:30 berkumpul dekat depan sekolah and pukul 8 kita bertolak. Saya taknak yg lambat" Ustazah Jannah berkata disertai anggukan murid muridnya.

Selepas guru itu keluar kelas menjadi bising.

Tia memusingkan kerusinya untuk ke belakang mengahadap Faris. Faris hanya tersenyum .

Qhaye,Shayla,Khalif dan Hilman terkebil-kebil melihat agenda itu.

Qhaye menepuk bahu Tia perlahan lalu mengangkat sebelah keningnya.

Tia sengih "Aku nak cakap je dengan Faris. Korang pun pusing la kerusi"

Tia terus membantu dua org sahabatnya untuk memusingkan kerusi supaya berhadapan dengan Dude.

Qhaye dan Shayla tercengang. Khalif dan Hilman juga sama. Tia ni demam ke apa?

"Kau buat apa dengan Tia semalam?" Qhaye merenung Faris tajam.

Faris menelan air liur.

"Aku ajak dia teman aku pergi beli hadiah untuk Ibu aku"

Qhaye mengangguk sahaja.

"Sekarang masa relief and tiada pengganti, so jangan memandai-mandai nak keluar kelas tanpa minta izin aku ataupun Adib. And jangan nak jadikan kelas ni pasar faham?!" Nurul berkata dengan wajah garang, biasala Penolong Ketua Kelas kan.

Semua mengangguk sahaja. Ada yang menepuk tangan tanda gembira kerana guru matapelajaran seterusnya tidak hadir. Tak sedar diri yg tahun ni SPM .

🌹🌹🌹🌹🌹

Semua murid 5 Vit sudah berkumpul di tempat parking kenderaan pelajar sambil menunggu ketibaan guru kelas mereka

"Assalamualaikum" Ustazah Jannah memberi salam sesudah sampai dihadapan pelajarnya. Semua menjawab salam.

Sebuah bas tiba di perkerangan sekolah itu.

"Haa nah ustazah belanja awak makan nasi lemak ni. Yela takut-takut ada yang excited sampai tak sarapan kan? em.. haa Khalif dengan Hilman meh pegang plastik ni"

Ustazah Jannah berkata dan mempamit Khalif dan Hilman lalu dia pergi ke arah bas untuk menyelesaikan sesuatu.

Dua jejaka itu pergi dan sambut plastik yang berisi nasi lemak. Bau dia pergh,perut berkeroncangg.

(i pun berkeroncang sekali ni hm laporrr)

Semua mengambil nasi lemak itu mengikut barisan. Lelaki di barisan Khalif dan perempuan dibarisan Hilman

Sesudah mengambil, mereka semua menaiki bas apabila guru mereka memanggil.

Bas dua tingkat itu bergerak menuju ke destinasi. Masa yg diambil ialah selama satu jam.

Qhaye berada di tepi tingkap belah kanan bas. Disebelahnya ialah Shayla dan Tia dibelakang Qhaye.

Dude berada di depan Qits . Khalif duduk di tepi tingkap yg membelakangkan Qhaye. Diikuti Hilman disebelahnya. Manakala Faris berada ditepi Tia.

Qhaye memandang tempat duduk dihadapannya,Khalif. Dia rindu lelaki itu. Rindu usikan manja,rajuknya, renungan mata yg bisa mencairkan hatinya.

Qhaye mengeluh lalu menyumbat kepala earphone ke dalam telinganya . Kepala ditutup dengan hoodie kelabu. Zip ditarik hingga ke atas yg menampakkan mata biru lautnya sahaja. Rambut yg tidak diikat dibiarkan berserabai.

Qhaye membuka lagu 'Aku cuma punya hati by Mytha' . Lagu itu tiada kena mengena dengan hidupnya tetapi kena dengan keadaannya sekarang. Air matanya keluar . Matanya dilirikkan ke arah pujaan hatinya .

Tanpa Qhaye sedari Khalif juga membuat perkara sama yg dibuat oleh Qhaye tadi. Tetapi lagu yg dimainkan ialah 'Bisa Aja by Faizal Tahir' . Mereka berdua tertidur .

Shayla yg melihat sahabat disebelah yg telah dianggap sebagai kakaknya memandang sayu. Dia semakin pelik dengan keadaan Qhaye dan Khalif. Seperti ada sesuatu mereka berdua sorokkan.

Hilman bangun dan meletakkan lutunya diatas kerusi . Dagu diletakkan di kepala kerusi sambil memandang ke arah belakang.

Shayla yg melihat terkejut. Apahal mamat ni?

Hilman menjeling Shayla dan kembali duduk seperti biasa.

Shayla terkebil. Kau apahal nak jeling aku? ergh semak siot.

(ape masalah budak Hilman ni?)

The Six Agents ✔Where stories live. Discover now