Prolog

197 5 0
                                    


Dear future Lila,

Siapa Jaad? Maksud aku, siapa Jaad Hayder yang sebenarnya? Aku yakin kau tahu dan kenal siapa dia. Tolong aku. Ada perkara yang aku kena selesaikan dengan dia.

Bila kau baca e-mel ni, tolong balas dengan segera. It's urgent!

Sampai jumpa lagi.

Xoxo,

Lila

Sent!

Lila merenung skrin komputer sambil menanti balasan orang di sana. Meja diketuk-ketuk sementara menanti respon yang diharapkannya. Harapannya begitu besar! Sebesar Gunung Kinabalu. Kalaulah si dia di sebelah sana tidak menjawab e-mel yang telah dihantar beberapa ketika tadi, dia merasakan yang dia akan menjadi gila!

Ah!

Lila keresahan. Sudah lima belas minit dia tercongok di hadapan skrin komputer tetapi tiada langsung tanda-tanda yang e-mel si dia akan masuk. Haih, ke mana agaknya dia pergi? Tak baca e-mel ke?

Lila bangkit dan bermundar-mandir di dalam bilik tidur. Dalam kepala sudah memikir-mikirkan apa yang seharusnya dilakukan jika si dia tidak membalas e-melnya dalam masa terdekat. Mahu siasat sendiri? Tapi, bagaimana jika apa yang dia mahu cari tak akan ditemui? Bagaimana kalau sampai bila-bila pun dia tak akan tahu siapa Jaad Hayder yang sebenarnya?

Arghh! Lila hampir menjerit melepas geram.

Ting!

Bunyi e-mel menerobos masuk ke komputernya menyebabkan Lila kekalutan. Terus saja dia melompat naik ke atas kerusi dan menekan satu e-mel baru yang berada di barisan teratas dalam peti e-mel.

Dear past Lila,

Aku tak boleh tolong kau. Aku nak kau cari sendiri jawapannya. Lagi pun, aku tengah sibuk. Kalau aku taip panjang-panjang pun aku tak rasa yang kau rajin sangat nak baca sampai habis. Apa-apa pun, good luck! Oh! Jangan marah, nanti cepat tua. Aku tak naklah kau cepat sangat jadi tua. Jenuh aku nak cari produk terbaik kat pasaran nanti. Hahaha!

Sampai jumpa lagi.

Xoxo,

Lila

Pap! Dia menghentakkan tangan ke atas meja. Isk, sampai hati betul! Penat saja dia menahan rasa saspen menantikan jawapan, alih-alih itu pula yang dibalasnya? Pakej dengan pesanan tak berbayar pula tu! Urgh!

Lila kembali merenung skrin. Ternyata tiada apa-apa klu yang diperolehinya melalui e-mel tadi. Dia tidak tahu apa yang seharusnya dilakukan lagi. Masa depannya sendiri pun tidak mahu menolong. Ah, umi... tolong Lila!


Dear LilaWhere stories live. Discover now