Bab 5

167 3 0
                                    


Jess mencuri pandang Amri yang sedang berada tidak jauh dari mejanya. Mencebik meluat melihat tingkah lelaki itu, mata dilarikan semula kepada Lila di hadapan matanya.

"Amri cakap apa lagi, babe?" Ternaik kening Jess menagih jawapan daripada Lila. Cerita yang Lila sampaikan kepadanya membuatkan perasaannya jadi semakin berkobar-kobar.

Lila hanya menggeleng. Dia termenung sebentar.

"Nasib baik ada lelaki tu." Terpacul tiba-tiba ayat itu dari mulutnya tanpa disedari.

"Wait. What? Who? Lelaki mana?" Jess tertanya-tanya.

"Lelaki misteri dalam video tu la..."

"Oh! That guy, huh? Handsome, seyh!" Mulut Jess mula mengukir senyuman senget.

Lila menjulingkan mata. Itu pula yang dipandang Jess? Huh, kalaulah Jess nampak sendiri apa yang lelaki itu buat malam tu... pasti Jess akan menarik balik kata-katanya. Sudahlah kasar, mulut puaka pula tu! Hilang terus kekacakan yang dimilikinya.

"Eh, tapi betul ke dia hantar you terus balik ke rumah malam tu? Macam mana you kenal dia, Lila?" Sambung Jess lagi.

Lambat-lambat Lila menggeleng. Selain daripada nama lelaki misteri itu yang dikenali sebagai Jaad, Lila tidak tahu apa-apa pun mengenainya. Lila clueless! Di mana tempat kerjanya, tempat tinggalnya, dan maklumat yang berkaitan... semuanya Lila tak tahu. Kerana selepas Jaad menghantarnya pulang ke rumah malam itu, dia tidak lagi mendengar apa-apa cerita mengenai Jaad. Malah, dia juga tidak pernah terserempak dengan Jaad di mana-mana. Hanya video Jaad membawanya keluar dari vila itu yang dia ada. Selebihnya, dia tidak tahu di mana keberadaan lelaki itu.

"Jess, can I ask you something?" Lila bertanya sebaik saja mereka berdua selesai menjamu selera.

"Yes, go ahead."

"Kenapa Bella dengan Elisa left group? You rasa, diorang berdua dah bencikan I ke? Diorang berdua dah termakan dengan hasutan dan fitnah terhadap I ke? Atau..." Lila menggigit lidah sendiri. Sudah lama persoalan ini bermain-main di fikiran dan baru kini dia mampu meluahkannya. Malah, dia sebenarnya hendak bertanya kepada Bella dan Elisa terus-terang tetapi tidak sempat berbuat begitu, kedua-dua gadis itu terus berlalu pergi dengan tergesa-gesa. Adakah sebab Amri juga?

"Entah. I tak tahu."

"Bitch!" Tidak semena-mena saja terdengar suara menyumpah Lila sehingga air yang baru disedutnya hampir tersembur keluar. Lila memanggung kepala, mencari si empunya suara yang baru saja melemparkan kata-kata seranah kepadanya. Seorang pelajar perempuan yang berada tidak jauh daripadanya sedang memandangnya sambil menayang memek wajah menjelekkan.

Lila terkedu. Memerhati ke arah tangan gadis bertocang kuda yang sedang memegang telefon, Lila mengeluh deras. Jelas sekali terlihat video yang tersebar itu sedang dimainkan di telefonnya.

"Oh my gosh! Apa kena dengan semua orang ni? Tak puas lagi ke bercakap buruk pasal I?"

Jess terpinga-pinga mendengar amukan kecil Lila.

"Chill, babe." Pujuk Jess.

"Macam mana I nak chill? You tengok semua orang dekat kafe ni. Diorang pandang I macam I ni alien. I seorang saja ke yang ada dosa? Orang lain tak ada? That's so unfair!" Lila merengus-rengus geram. Kesabaran yang cuba dicipta nampaknya telah lebur dek sumpah seranah orang lain.

"Janganlah layankan diorang tu. Maklumlah, diorang sentiasa fikir diorang tak pernah buat salah. You lebih tahu dan kenal dengan diri sendiri, Lila. Buat apa nak layan diorang? Lama-lama nanti, bila dah penat... diamlah semua orang. You chill, okey?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 18, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dear LilaWhere stories live. Discover now