one

1.6K 169 56
                                    

𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 01

"If you guys choose me as president, I'm sure I will guide you to achieve successful in this club" ujar jejaka berlesung pipit merapikan kot hitam yang tersarung di badan.

Sepasang mata mencerlung tajam ke arahnya dengan penuh kebencian. Bunyi berdehem sengaja dikuatkan untuk menyampuk.

"Maaf bakal tuan presiden sebab mencelah, tapi awak belum lihat lagi kelebihan yang saya ada" dengan angkuh, gadis bersebelahan jejaka itu memulakan bicaranya.

"Kalau awak semua terima saya sebagai presiden untuk persatuan, saya berjanji akan menjalankan tugasan yang diberi dengan penuh keazaman" ucapan yang diberikan menerima tepukan gemuruh dari penonton yang merupakan anggota ahli dalam kelab ini.

"Excuse me, miss. But, you should speech more in English" jejaka itu mula tersenyum sinis.

"Eh kenapa? Salah ke aku nak berhujah dalam bahasa ibunda aku?" gadis tersebut menggetap bibir, geram dengan bicara si jejaka.

"Of course you're wrong, because this is English language Club." riak sengihan sinis terlakar pada wajah jejaka itu.

Mulut gadis sebelahnya seolah-olah terkunci rapat, tidak mampu membalas apa-apa.

"Kau--"

"Ehem, you--"

Jejaka ini sengaja menaruk minyak dalam api kemarahannya. Ada saja perkara yang diperbetulkan, lebih-lebih lagi dalam bahasa Inggeris.

"Kamu berdua! Pemilihan presiden dihentikan! Semua ahli boleh pulang!" laung guru penasihat yang juga menyaksikan adegan 'perebutan kuasa' itu.

Ahli-ahli kelab itu terus beredar dari dewan. Hanya tinggal mereka bertiga sahaja di situ.

Guru penasihat yang mengurut pelipis matanya mula mengeluh kecil. Nampaknya, pemilihan presiden kelab tahun ini berbeza dari sebelum ini. Kedua-dua mereka sangat berkarisma dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.

"Namjoon, Ryoona. Sejujurnya saya tak nak ambil tindakan sebegini, tapi memandangkan awak berdua agak kebudak-budakan di atas pentas, saya akan--"

"Lucutkan jawatan dia. Saya pasti akan bertanggungjawab atas segala-galanya." celah Ryoona dengan bernada riak.

"Why me? You should resign first. So Mr. Sung, choose me as new president in this club" kini Namjoon pula bersuara.

Makin stres Encik Sung melayan dua orang anak murid sebegini.

"Sudah, dua-dua tak dapat jawatan tu!"

🍉🍉🍉🍉🍉

Fanfic ni bakal diupdate setelah fanfic-fanfic lain siap dikarang.

【✔️BTS】𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉 • 𝓚𝓲𝓶 𝓝𝓪𝓶𝓳𝓸𝓸𝓷Where stories live. Discover now