three

858 122 42
                                    

Entah kenapa fikiran che nak updatekan ff ni malam-malam gini 👻 Double updated!

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 03

Hempasan yang bertubi-tubi di atas permukaan meja telah memeranjatkan rakan bersebelahannya.

"Uitt Joon, kalau mengamuk pun janganlah hempas kerja-kerja esei tu. Kang terbelah meja ni, naya weyhh" bengang Hoseok berbicara. Sudahlah dia tak siapkan kerja kursus Geografi, boleh pulak mamat lesung pipit cari nahas.

"Tch" Namjoon sekadar berdecit meluat sebelum menyusun semula kertas-kertas esei yang patut dihantar.

"Nasib baik kau datang nak hantar benda alah semua ni. Kalau tak habis nahas Madam Lim kerjakan" gertak Taehyung sebelum meletus tawanya. Mentang-mentang dah siap hantar esei, berlagaknya macam dapat lulus dalam KUET.

Namjoon sekadar menjeling, malas nak cari pasal dengan budak comel bersenyuman petak. Daripada dia melayan kerenah mereka berdua, Namjoon mengambil langkah terus ke bilik guru.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"Nah madam." Namjoon menghulurkan puluhan esei kepada guru Bahasa Inggerisnya.

"Ingat tak nak hantar, baru saja saya nak lupuskan sijil penyertaan kamu semua tu." seloroh Puan Lim sebelum meraihnya kerja rumah berupa esei.

Namjoon hanya mampu mengulum senyuman, nak cakap lebih nanti dilabelkan kurang ajar pula nanti.

"Ha Joon, yang pasal teks pengucapan kamu sempena kempen LOVE YOURSELF nanti, dah siap?"

Namjoon sekadar mengangguk.

"Baguslah kalau macam tu, nanti saya nak tengok. Boleh perbetulkan mana-mana yang salah"

Apabila Puan Lim mula relakan diri untuk menyemak kandungan teks ditulisnya, Namjoon diserang resah. Jadi, dia cuba merencana alasan relevan untuk membatalkan niat murni Puan Lim.

"Ouh pasal tu hehe. Sebenarnya, saya dah suruh Ryoona semakkan untuk saya. Madam sendiri tahu kan yang Ryoona bijak dalam mengarang esei bahasa Inggeris" bohongnya untuk menyelamatkan diri. Tapi bab-bab Ryoona pakar mengarang esei sememangnya sahih.

"Yakah? Baiklah kalau kamu dah kata macam tu. Ringan sikit beban saya nak check esei kamu ni" gurau Puan Lim sambil membelek-belek kertas milik Namjoon.

Melihatkan pandangan Puan Lim mula menikam tepat pada esei dikarangnya, Namjoon pun tergesa-gesa beredar dari bilik yang diduduki guru Bahasa Inggerisnya. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati lepas-lepas menghantar esei-esei itu.

🍉🍉🍉🍉🍉

Namjoon ni ada-ada saja nak buat readers tertanya-tanya 😝 Yang KUET Wauthormelon main hentam je letak (asalnya tu Malaysian University English Test-MUET hehe)

【✔️BTS】𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉 • 𝓚𝓲𝓶 𝓝𝓪𝓶𝓳𝓸𝓸𝓷Where stories live. Discover now