thirteen

808 91 54
                                    

Byebye semua, Namjoon akan mengundurkan diri di sini

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 13 (𝑭𝒊𝒏𝒂𝒍𝒆)

Namjoon memandang dari atas hingga ke bawah orang berhadapannya. Kemeja T yang tertulis 'I ❤️ Phuket' mencuri perhatian jejaka itu. Melalui andaiannya, gadis ini pasti baru pulang dari pusat pelancongan global tersebut.

"Hey, kau sepatutnya di majlis perkahwinan sekarang ni. Macam mana boleh ada dekat sini pulak?" buntu Namjoon disaat melihat gadis bernama Ryoona berada di hadapannya.

"Joon, listen up. Perkahwinan kitaorang dah lama dibatalkan disebabkan tunang aku. Dia menduakan aku, Joon. Duakan aku!" kolar Namjoon direntap kasar gadis itu sebelum berderaian air mata menuruni dari pipi.

Namjoon terkesima akan kenyataan gadis. Sejujurnya, dia terkelu untuk membalas reaksi pada Ryoona. Dengan kadar segera, Namjoon meleraikan tangan Ryoona daripada memegang kolar baju.

"I'm sorry, but I can do nothing" bicaranya separuh kendur sebelum kembali melangkah ke arah mereka. Namun langkah terhenti lantaran kedua-dua tangan memeluknya dari belakang.

"Please forgive me, Kim Namjoon. Don't make me feel guilty on you" rayu Ryoona sepenuh hati sebelum dakapan dieratkan lagi.

Kini Namjoon terpaksa melalui situasi yang sukar. Sudahlah dia bakal diterbangkan ke Australia, ada pula masalah lain yang menjelma.

Dia menghela nafas sedalam-dalamnya sebelum meleraikan pelukan Ryoona. Jejaka itu memalingkan wajah menatap Ryoona yang kemerahan matanya akibat menangis.

Akibat terbitnya perasaan simpati dalam diri, Namjoon menghampiri Ryoona lalu menyeka rambut panjang milik gadis itu ke belakang.

Namjoon kini berperang dengan perasaannya sendiri, dimana cinta dan sayang berserta ego dan benci bercampur-baur dalam diri. Jadi dia pilih satu perasaan untuk dipersembahkan buat gadis ini.

"Ryoona" wajah menunduknya kembali didongakkan oleh Namjoon. Dalam situasi tegang sebegini, dia perlu buat keputusan sebaik-baiknya.

"I forgive you, my dear" lantas bibir merah delima milik Ryoona dikucup Namjoon. Nampaknya, cinta dan sayangnya terhadap Ahn Ryoona menandingi segalanya.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Selepas berjam-jam menantikan saat ini, akhirnya Namjoon menghayun langkah untuk memasuki balai pelepasan. Langkahnya sengaja dihentikan untuk menoleh ke arah mereka semua.

Wajah bonda dan abah serta sahabatnya ditenung buat kali terakhir. Namun pandangannya tidak terhenti di situ sahaja lantaran ada satu tangan melambai-lambai ke arahnya.

Senyuman yang sudah lama tidak dituju pada gadis itu kembali mekar pada bibir jejaka itu.

Setelah puas memandang mereka semua, Namjoon kembali melangkah ke balai pelepasan dengan menguntum senyuman paling terindah baginya.

-TAMAT-

🍉🍉🍉🍉🍉

Yey akhirnya siap jugak fanfic berjudul 'English' ni. Wauthormelon ingin merakamkan ucapan terima kasih buat pembaca yang setia menantikan update di sini.

Maaf tau kalau ending tak seperti korang sangkakan.

Wauthormelon akan kembali mengupdate another two fanfics yang tergantung sepi tu huhu

Thanks again, my remi-remi [ARMY-ARMY] (official name untuk pembaca semua hehe❤️🧡💛💚💙💜)

Complete on 4/1/20 at 3.42 a.m

P/S: Sebagai cadangan, jemputlah baca fanfic kelapan Wauthormelon, Pakwe Upahan Buat Gadis tajuknya, shortformnya PUBG hehe😍 Kalau nak baca fanfic-fanfic lain pun xpe, che alu-alukan❤️🙈

【✔️BTS】𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉 • 𝓚𝓲𝓶 𝓝𝓪𝓶𝓳𝓸𝓸𝓷Where stories live. Discover now