four

797 115 76
                                    

Disini Wauthormelon nak memohon maaf terlebih dahulu, jikalau korang terasa bengang semasa membaca bahasa alien dalam chapter ini 🤡

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 04

"No matter who you are,

Where you're from,

Your skin colour,

Your gender identity : just

SPEAK YOURSELF"

...

Ucaptama yang disampaikan oleh Kim Namjoon menerima tepukan gemuruh daripada hadirin-hadirin yang turut sama berada di sidang kemuncak ini.

Rasa bangga dan bersyukur bercampur aduk tatkala dirinya terpilih menjadi wakil dari Korea Selatan untuk berucap di auditorium yang dijalankan oleh UNICEF bersempena kempen LOVE YOURSELF.

Sejurus meluncur turun dari pentas berucap, Namjoon terus meronyok teks pengucapan tanpa ragu-ragu lalu perlahan-lahan dimasukkan ke dalam kocek seluar.

Jika seseorang menjumpai renyukan teks ini dalam tong sampah, pasti dia dapat malu besar.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

"Ryoona, Namjoon ada jumpa kamu tak sebelum ni?"

Ahn Ryoona sekadar mengangguk. Kali terakhir mereka berjumpa sewaktu berada di dewan berkaitan dengan pemilihan presiden persatuan Bahasa Inggeris.

"Kamu tahu kan dia pergi berucap harini sempena kempen LOVE YOURSELF?"

Sekali lagi, dia mengangguk, agak longlai. Mana tidaknya, bukan dia seorang saja yang tahu. Boleh dikatakan semua warga sekolah tahu perkhabaran Namjoon tentang penglibatannya dalam kempen ini.

"Jadi, ada Namjoon bagi teks pengucapan pada kamu untuk disemak?"

Tetapi kali ini, persoalan Puan Lim diterima gelengan daripada Ryoona. Nampaknya, dia tahu sebab apa Namjoon tidak pernah sesekali menghantar latihan esei selama ini.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

Puan Lim menghempas tangan di atas meja sejurus susuk tubuh Namjoon sudah memasuki biliknya.

"Cuba baca esei yang kamu tulis ni, saya nak dengar" jari telunjuknya ditekan-tekan geram pada sehelai kertas berupa esei milik pelajar lelaki itu. Namjoon yang kelihatan gugup menggaru-garu perlahan belakang leher sebelum meneliti penulisan dicoretnya.

Namjoon menghela nafas untuk hilangkan gementar.

"Fest wey to menten gud helt, wi nid tu eit a belensed diet. De fud mas konten de diferen keulases of fud se ces fet, protaeinseu, vitaeminseu, karbohidrat en mineralseu tu togeder faiber.

Wi shud konsium mo vegetebel, frutseu en hol geurain. Inkliud hol geurainseu se ces oatmil, hol wit bred en brawn rais es dey arr gud sourses of karbohidrat. En epal e day kipseu de doktor eway. Es sech wan shud tek thri servingseu of frut en vegetebel wit vitaemin saplimentseu en faiber tu ensyuwe wi seutay hellty.

Bisaid, de intek of salteu, oil, fet, suga, karbonateu en kaefin dringseu mas be ridiyus." satu per satu Namjoon membaca penulisannya dengan penuh resah, seolah-olah merasakan dia bakal dikenakan hukuman setimpal.

"Kamu tahu apa kesalahan dalam semua petikan ini?" Puan Lim menyoal Namjoon sehingga ternaik kening lukisnya. Pelajar tersebut sekadar mendiamkan diri lalu menunduk pandangan pada lantai.

Sekali lagi, tapak tangannya menghempas meja, terperanjat Namjoon dibuatnya.

"Joon, saya bukannya suka-suka tau nak marahkan kamu. Tapi melihatkan penulisan kamu yang merapu meraban ni buat darah saya menyirap naik, tahu tak?" hampir satu okfat ternaik disaat Puan Lim menghambur kata-kata. Namjoon yang tercegat berhadapannya hanya mampu berdiri terkaku.

Pelipis matanya dipicit geram, seolah-olah tak menyangka ada juga pelajar yang hebat menyertai pelbagai penyertaan hingga ke antarabangsa mempunyai titik kelemahan yang sangat ketara.

"Kalau beginilah rupa penulisan kamu, nampak gayanya kamu takkan dapat semula segala sijil penyertaan sepanjang kamu bersekolah di sini" bicara Puan Lim mendatar, kedengaran kecewa buat Namjoon.

Namjoon yang melihat raut wajah guru Bahasa Inggeris tampak sedih, lantas berasa kecundang, sia-sia akan pencapaian diterimanya selama ini. Nampaknya, dia sendiri perlu tegakkan kesaksamaan dalam situasi sebegini.

"Madam, please. Give me one chance to recover all this things" rayu pelajarnya dengan penuh berharap.

Memandangkan Puan Lim tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, jadi dia bersetuju untuk memberi satu lagi peluang buat anak muridnya.

"Tapi satu syarat, yang pasti kamu perlu turutinya" ugut Puan Lim.

"Say it, madam. I'll follow your order" tutur Namjoon bernada pasrah.

"Kamu perlu hadiri kelas tambahan saya setiap minggu, strictly no more excuses and..."

"And what?"

"Saya akan sediakan private tutor untuk kamu. So get ready eventhough at home" Puan Lim menyudahkan percakapan dengan senyuman yang tersirat, sehinggakan Namjoon menelan liur penuh perit.

🍉🍉🍉🍉🍉

Wauthormelon dah buat keputusan untuk buat update keempat-empat fanfic termasuklah Same Damn Cloth, Drama Di Dapur, Virtual Love dan ff ini.

PUBG S2 tu nak hiatus seketika, sengaja nak rehatkan Samyang dan Taehyung buat sementara waktu ehek.

Apa-apa pun, terima kasih buat sesiapa yang membaca mana-mana ff yang Wauthormelon karang selama ni.

Atas jasa korang semua, Wauthormelon akan hadiahkan sebuah ff yang lain genrenya hehe, mungkin lepas habis ff semua ni, baru che pub, ok?

Last words for today, love y'all ❤️

【✔️BTS】𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉 • 𝓚𝓲𝓶 𝓝𝓪𝓶𝓳𝓸𝓸𝓷Where stories live. Discover now