five

751 116 51
                                    

Wauthormelon rasa korang boleh mengagak orangnya, btw enjoy this chapter 🌼

🍉🍉🍉🍉🍉

𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 05

Sejak terpasangnya loceng pintu, ia pasti akan berbunyi sepanjang keberadaan mereka di rumah. Namjoon pun menghayunkan langkah penuh malas menghampiri pintu utama.

"Siapa pula yang datang ni?" segera tombol pintu dipulas geram.

Apabila pintu dikuak luas, Namjoon terkesima apabila terpacak berdiri seseorang yang dikenalinya di sekolah berada di hadapan rumah.

"Apa, kau?" si gadis yang bertandang ke rumahnya terkejut besar, tidak menyangka dirinya berada di rumah musuh tradisinya.

"Excuse me, I supposed to be shocked. So, apa tujuan kau datang ke mari?" soal jejaka berlesung pipit itu sambil menyandar tubuh tegapnya pada daun pintu.

"As Madam Lim's order, dia nak aku ajarkan kau mengenai esei" gadis menyudahkan bicara dengan sedikit berdehem. Jelas terpancar riak kebingungan pada wajah jejaka dihadapannya.

"But, why? Kenapa kau patut jadi private tutor aku? Kenapa bukan orang lain?" soal Namjoon terdesak.

"Are you deaf? I already said, it's Madam Lim's order" pandangan maut terus dituju pada Namjoon.

Namjoon sekadar mengeluh pasrah sebelum menjemput gadis itu memasuki kediamannya.


❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜

" 'Yu gat no jems'? Hey, that's the incorrect spelling. Write in the right one, it's 'you got no jams' " jari runcing milik gadis itu ditunding pada perkataan yang dieja salah oleh jejaka itu. Namjoon mendengus geram sebelum mencapai pemadam untuk membetulkan ejaan frasa tersebut.

Pembelajaran ini tertangguh seketika tatkala pintu bilik diketuk seseorang dari luar. Namjoon bingkas berdiri dari kerusi lalu menghampiri pintu.

Seusai pintu dikuak, Puan Kim bertegur sapa terlebih dahulu sebelum menghulurkan dulang yang diisi dengan minuman dan kek beri biru.

"Thanks aunty" si gadis menunduk hormat pada Puan Kim yang menghidangkan makan minum buat mereka. Puan Kim menguntum senyuman sebelum menutupi bilik anaknya.

Sepiring kek terus dihulurkan kepada gadis itu. "Thanks" ucapnya ringkas sebelum menjamah manisan itu.

Namjoon tidak menjamah, sebaliknya dia kembali di meja belajar untuk menyambung menulis esei. Aura ketekunan yang ditonjolkan oleh Namjoon telah menarik perhatian gadis bernama Ahn Ryoona untuk memerhati hasil coretan esei jejaka itu.

Segera Ryoona mengatur langkah pada meja belajar. Namun niatnya untuk memuji kesungguhan Namjoon terbantut lantaran terbaca satu frasa yang tak diketahuinya.

" 'infires man'? Bahasa apa ni?" soalnya yang jelas sekali riak keliru terpancar pada wajah jelitanya.

"Ouh ni selalu Suga cakap. Entah bahasa apa aku tak tahu, but it sounds English to me" bicara bersahaja Namjoon membuatkan Ryoona menepuk dahi.

"Kau ingat sesedap rasa ke kau taruk ni dalam esei, huh?" selar Ryoona.

"Eleh biarlah"

Ryoona mengepal genggaman kecilnya, dalam hati mahu saja dia menumbuk lesung pipit milik Namjoon sampai hilang.

"Eeee, kau ni kan memang nak kena dengan aku!"

Mahu saja menghayun langkah untuk menghampiri Namjoon sedekat-dekatnya, Ryoona ditimpa nasib malang ekoran kakinya terpijak sebekas gam yang entah datang dari mana, sehinggakan dirinya sudah hilang keseimbangan untuk berdiri.

Namun, tuah kembali menyebelahinya tatkala Namjoon segera bertindak, sempat menyambutnya daripada jatuh. Insiden sebegini membuatkan mereka saling bertentangan mata.

"Kena apa? Please explain it clearly" ujar Namjoon sambil menatap wajah si gadis. Ryoona yang masih dalam pangkuan jejaka itu sekadar terdiam, sampai merona merah pipinya.

Namjoon tersenyum sehingga terserlah lesung pipit melihatkan wajah innocent milik Ryoona.

"Kau ni nampak saja tegas, tapi boleh tahan comel juga ye"

🍉🍉🍉🍉🍉

Hehe adakah ini bibit-bibit percintaan mereka berdua? huhuhuhu 😝😍

【✔️BTS】𝑬𝒏𝒈𝒍𝒊𝒔𝒉 • 𝓚𝓲𝓶 𝓝𝓪𝓶𝓳𝓸𝓸𝓷Where stories live. Discover now