14 | Arean Akito

2.9K 231 8
                                    

"Tempat apa tu." Airin membuka bicara sebaik saja melihat sebuah tempat yang agak gelap. Tali Jumi dipegang erat,risau sekiranya sesuatu yang buruk bakal berlaku.

"Perkampungan elf." Jawab Ellin sambil membelet peta yang dipegangnya.

"Kau yakin ke? Maksud aku,kau tengok sendiri. Kenapa gelap semacam je." Ujar Airin dengan ragu ragu. Dalam diam Ellin turut mengiyakan, perkampungan elf sepatutnya merupakan antara perkampungan meriah.

Tanpa sebarang amaran, Zein menunggang kudanya memasuki perkampungan elf itu diikuti dengan yang lain.

Matanya melilau melihat keadaan sekeliling kampung itu. Perkampungan itu musnah, seakan akan telah diserang. Beberapa rumah sudah hangus terbakar.

"Zein, aku rasa tak sedap hati lah." Ujar Riana dengan perlahan. Seakan akan faham dengan situasi mereka, Friera milik Ellin turut menghentikan langkahnya.

"Okay kita turun dulu. Cari apa apa yang boleh membantu."

"Apa lagi yang korang nak." Suara yang menyapa menyebabkan mereka berpaling.

Kelihatan seorang remeja lelaki yang berkerudung hitam sedang bersandar di sebatang pokok dengan tangan yang disilangkan.

Tangannya kini dibawa masuk ke dalam poket dan selangkah demi selangkah mendekati mereka.

"Siapa kau." Soal Riana tanpa nada. Pedangnya diseru lalu dihalakan ke arah lelaki tadi.

"Aku suka soalan tu dan sepatutnya aku tanya korang. Siapa sebenarnya korang dan apa yang kau buat dekat sini." Tersentak mereka semua apabila lelaki itu mula meninggikan suara. Cakera berwarna merah juga terapung di sekelilingnya.

"Tak cukup ke korang hancurkan keluarga aku. Apa lagi korang nak?!"

"Hey bertenang, apa yang kau maksudkan ni?" Soal Ellin dengan ramah. Dia menyentuh pedang milik Riana lalu menurunkannya.

Lelaki itu berdecit kegeraman lalu menghalakan tangannya ke arah mereka. Sebuah cakera merah terbang laju ke arah mereka dengan niat ingin menyerang.

Terbuntang mata Ellin, dia berada paling hadapan tidak sempat ingin membuat apa apa perisai.

"Argh!!"

Akibat dari serangan tadi, Ellin, Riana dan Airin tercampak.

"Apa masalah kau ni?!" Marah Lena sambil memegang dadanya. Dia membantu rakannya yang lain untuk bangun.

"Masalah aku ialah korang." Matanya bersinar bagaikan api yang membara, bertekad untuk membunuh mereka semua.

Selagi lagi, tangannya dihalakan ke arah mereka berserta sebuah cakera yang terbang laju.

"Not this time dude." Zein berkata perlahan sebelum menghasilkan sebuah perisai besar.

"Cukuplah! Kitaorang tak faham apa yang kau katakan." Ujar Lena dengan lantang sebelum terlambat. Dia tidak mahu pertumpahan darah berlaku lagi.

"Damn, aku harap sangat Sya ada dekat sini."

Serangan lelaki tadi terhenti, dia terkedu. Keadaan menjadi sunyi seperti pertama kali mereka menjejakkan kaki.

"Sya?"

"Sya Adriana Advelyst?" Soalnya lagi.

Dengan ragu ragu Lena berkata ya dengan pandangan yang hairan. Hairan dengan reaksi lelaki itu.

"Korang ni semua kawan Sya ke?"

"Mestilah and kau pula siapa?"

"Aku Arean Akito, kawan Sya jugak." Ujar lelaki itu dengan satu senyuman mesra. Matanya melilau mencari kelibat seseorang pula.

"Mana Ash?"

Pertanyaan Arean membuatkan suasana menjadi janggal. Masing masing hanya mendiamkan diri, tidak tahu apa yang ingin dijawabkan.

Arean yang melihat situasi mengangguk tanda faham.

"Maaflah aku serang korang semua, aku dapat rasakan aura jahat. Aku ingat korang ni yang serang tempat aku ni." Ujarnya lalu tersengih.

"Macam mana kau boleh kenal Sya?" Soal Zein pula. Mereka semua turut memandang Arean, menantikan jawapan yang bakal meniti di bibirnya.

"Korang tidak tahu ke? Dulu, setiap malam Sya rajin meronda. Bukan ronda Alanstia je, tapi perkampungan terpencil yang lain contohnya disini. Perkampungan elf."

"Jadi kitaorang memang rapat dengan Sya sehingga perang yang tercetus beberapa tahun lepas yang menyebabkan Sya terpaksa berkorban."

"Urm maaf bertanya, apa maksud kau 'kitaorang'?" Soal Riana pula.

"Perkampungan terpencil bukan satu je, tapi banyak. Setiap darinya ada kenalan Sya."

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now