26 | Unicorn

2.6K 203 0
                                    

"Ellin, tugas aku dan Olive dah selesai. Aku harap korang berjaya dapatkan air mata unicorn tu." Hanya pesanan ringkas sahaja diberikan kepada Ellin. Sekurang kurangnya, tidaklah mereka pergi begitu saja.

"Melawat skytopia pun best jugak." Arean berkata sendirian. Dia sudah terbayangkan makanan skytopia dan menyebabkan perutnya berbunyi minta diisikan.

Tombol pintu bilik dipulas. "Oh mak kau pocot." Latah Arean apabila tombol pintu yang dipulasnya tercabut.

"Apa aku nak cakap dengan Dragna nanti." Ujar Arean lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Jadi,di sini lah kita." Ujar Zein lalu menelan air liur perit. Dia memandang hutan dihadapan matanya dengan ngeri.

Bukk!!

"Kau tak payah nak dramatik sangat, Younre Forest lepas ni." Ujar Airin setelah menumbuk lengan Zein.

"Hek eleh, baru nak acah sikit." Ellin menekup mulutnya menahan tawa apabila sekali lagi Zein ditumbuk Airin. Kali ini lebih kuat menyebabkan Zein terjatuh dari kudanya.

Perjalanan mereka masuk ke Hydra Forest langsung tidak diganggu oleh sebarang ancaman sehinggalah...

Bum!!

"Auch!" Airin berdecit kesakitan apabila Zein menghentikan kudanya secara mengejut.

"Kau dah kenapa." Baru sahaja Airin ingin mengangkat tangannya, Zein mengarahkan mereka untuk diam bersama jari telunjuk yang diletakkan di bibir.

"Tengok tu." Mereka memandang pada arah yang ditunjukkan Ellin. Seekor kuda putih mempunyai tanduk yang menyedari kehadiran mereka terus melarikan diri.

"Unicorn, kejar!!" Jerit Lena seakan ketua perang mengarahkan anak buahnya menyerang.

Maka berlakulah kejar mengejar antara mereka dan unicorn yang dikatakan.

"Eyh, mana dia pergi?" Soal Riana apabila kelibat unicorn tadi tidak lagi kelihatan.

Airin dan Ellin turun dari kuda masing masing lalu mencarinya di sekitar itu. Ellin dengan mudah mengalihkan tumbuhan yang menghalang laluan menggunakan element tumbuhannya

Supp!!

"Warghh!!" Airin menjerit apabila sebatang anak patah dilepaskan tepat disebelah kakinya.

"Nasib baik kena ular." Ujar Ellin lalu menghulurkan tangannya untuk membantu Airin bangun.

"Dari mana anak panah ni datang?" Airin mencabut anak panah itu lalu membeleknya. Kemudian diserahkan pula kepada Ellin.

Ellin turut melakukan perkara yang sama sehinggalah dia menjumpai sebuah ukiran.

˙°EH°˙

"Elly Helena." Ujar Ellin perlahan lalu tersenyum. Dia memasukkan anak panah itu ke dalam begnya dan menepuknya perlahan.

"Apa kamu semua buat disini." Tegur seseorang.

Lantas mereka memalingkan muka mencari empunya suara itu. Seorang gadis bergaun putih sambil memegang pokok memandang mereka dengan pandangan tajam.

"Kami mencari unicorn." Ujar Zein bagi pihak mereka semua.

"Kamu semua ni pemburu unicorn ke?" Tongkat putih diserunya lalu dihalakan kepada mereka.

"Bukan!!" Dengan laju Lena menggelengkan kepalanya.

"Bagaimana hendak saya percaya?"

Zein mengeluarkan herba neofulus dari pentagram di tangannya lalu menunjukkan kepada gadis tadi.

"Herba neofulus. Kamu semua sudah bertemu mereka?" Perlahan lahan tongkat putihnya diturunkan. Kakinya melangkah setapak ke hadapan.

Ellin tidak menjawab sebaliknya menyerahkan anak panah tadi kepadanya.

"Elly Helena." Ujarnya perlahan sebaik saja melihat ukiran yang sama dilihat Ellin.

"Nama saya Dawn dan mari ikut saya."

Langkah Dawn diikut dengan penuh berhati hati sehinggalah mereka tiba di sebuah tempat.

"Banyaknya unicorn!!" Ujarnya Airin dan Ellin dengan teruja. Mata mereka bersinar sinar ingin memegangnya.

"Kedatangan kamu semua sudah pun dimaklumkan kepada saya beberapa hari yang lepas. Jadi, ambillah ini." Dawn menyerahkan sebekas kecil cecair yang Ellin yakin itu merupakan air mata unicorn.

Tanpa ragu ragu, Ellin mengambilnya lalu mengucapkan terima kasih.

"Tapi siapa yang memaklumkan kepada kamu?" Soal Ellin perlahan. Tidak mahu rakannya yang sibuk bermain bersama unicorn mendengar.

"Sya Adriana Advelyst. Saya yakin kamu sudah tahu bahawa dia masih hidup." Ujar Dawn lalu tersenyum.

"Hanya saya diantara mereka." Ellin turut membalas senyuman Dawn.




Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now