38 | Control

2.3K 175 9
                                    

" Fawn, apa semua ni? " Soal Sya dengan lantang melihat Fawn tanpa teragak agak melangkah ke arah Kai. Mukanya langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan.

" Kau khianat kitaorang ke? " Ujar Nash dengan teragak agak. Betul ke dia sedang berhadapan dengan satu pengkhianat.

Tersentak Sya mendengarnya, tidak sangka ayat itu yang menyapa gegendang telinganya. Fawn masih ditatapnya.

" Sya, elak! " Sya tersedar dari lamunan. Serangan yang muncul dari hadapannya langsung tidak dijangka. Badannya seakan kaku untuk bergerak.

Luke mengambil tindakan drastik menolak Sya ke tepi. Serangan yang sepatutnya mengenai Sya bertukar mangsa. Luke terseret jauh sehingga terkena dinding. Dia meludah darah di dalam mulutnya lalu memandang Fawn dengan satu sengihan.

" Ni bukan diri kau. " Luke berkata dengan tersekat sekat sebelum tidak sedarkan diri. Nash yang berada tidak jauh, terkedu melihat keadaan Luke.

Tidak semena mena hatinya sakit melihat kawannya diperlakukan seperti itu.

" Kau dah sentuh dia, maknanya kau dah sentuh aku. " Nash bersuara dengan keras sambil memandang ke bawah. Aura gelap mengelilingi dirinya.

" Kau tau apa yang aku tak suka? " Nash mengangkat muka bersama sengihan psycho.

" Bila orang sentuh aku!! "

Nash menghayunkan penumbuknya, bayang hitam membentuk satu serangan lalu mengenai Fawn yang tidak sempat berbuat apa apa.

Fawn terhentak ke dinding sehingga menyebabkannya retak, namun ianya tidak menjejaskan dirinya walaupun sedikit.

Sya terkedu dengan situasi yang berlaku, otaknya tidak dapat memproses apa apa maklumat. Dawn juga tidak mampu berkata kata, mulutnya terkunci rapat.

" Nash, please stop. " Sya berkata separuh merayu melihat Nash yang tiada tanda mahu mengalah walaupun peluangnya ingin menang sudah menjadi tipis.

" Kai, berhenti kawal dia!! "

Sya menoleh ke arah Dawn meminta penjelasan.

Bukk!!

Nash sudah tumbang, perlahan lahan Fawn melangkah ke arah Nash ingin menhabiskannya.

" Tiada guna bercakap dengan dia, Dawn. " Sya berdiri di hadapan Nash. Menjadi pelindung daripada terus diserang Fawn.

Langkah Fawn terhenti. Mata hitam Fawn ditatap Sya.

" Kita sendiri kena hentikan. " Sya menembak cahaya level maximun ke arah Fawn.

Fawn menghasilkan portal supaya serangan Sya beralih arah namun kekuatan element Sya berjaya memecahkan portal itu.

Anak mata kanan Sya berubah kehijauan. Dia menghalakan tangannya kehadapan lalu muncul akar membelit Fawn.

Sya tersenyum. Sekali lagi warna matanya berubah. Kini berwarna kuning pula. Kilat dialirkan melalui akar akar itu lalu mengenai Fawn.

Dum!!

Mata Sya kembali seperti sedia kala. Kai sudah tiada lagi disitu. Yang tinggal cumalah mereka berlima.

" Element kau cukup kuat tapi kenapa kau boleh kalah semasa Kai mengambil mereka semua? " Soal Dawn dibelakangnya.

Sya terdiam lama sebelum memalingkan badannya menghadap Dawn.

Matanya dipejamkan lalu dibuka kembali. Pentagram putih menghiasi anak matanya.

Pentagram yang sama juga kelihatan di bawah Nash, luke dan Dawn. Serta merta, mereka hilang dari pandangan. Begitu juga pentagram di mata Sya.

" Element aku mungkin kuat tapi bukan hati aku. "

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now