64 | I Want to Die

2K 112 1
                                    

" Sya!! " Ellin bersorak gembira sebaik melihat Sya yang mengerdip ngerdip matanya, cuba membiasakan dengan bilik yang terang itu.

Dia menguatkan dirinya untuk bangun dari pembaringan namun dihalang Hazel.

" Kak Sya tak boleh bangun, spell tu dah banyak sangat makan tenaga akak. Nasib baik tenaga akak masih ada lagi, kalau tak, "

Hazel tidak menghabiskan kata katanya dengan harapan Sya faham apa yang dia maksudkan.

" Aku ingat kau nak mampus lagi lah! " Sambungnya lagi lalu memeluk badan Sya erat, seakan tidak mahu dilepaskan.

" Arr Ellin, mampus tu agak kasar. " Ujar Airin pula dengan teragak agak.

" Kau diam! Huhuu Sya!! "

" Okay... " Ujar Airin perlahan lalu menyorok di belakang Ai.

Sya masih tidak faham dengan apa yang berlaku, perlahan lahan kejadian lepas bermain di kotak fikirannya.

" By the name of Advelyst, grant me my wish. Soothing comfort, death cure. Heal! " Badan Sya mula bercahaya.

" Oh, aku guna spell tu. " Ujar Sya perlahan.

Dragna yang mampu gerak bibir Sya mengeluh berat. " Kau patut bersyukur Sya sebab masih hidup. "

" Aku nak mati. "

Keadaan menjadi sunyi. Masing masing masih terkedu dengan kata kata Sya tu.

" Sya, kau kata apa tadi? " Catrina cuba memberanikan diri bertanya. Ingin memastikan telinganya mendengar perkara yang betul.

" Aku nak mati. " Sekali lagi, kata kata Sya itu seakan menusuk tajam ke dalam hati mereka.

Tanpa dipinta, air matanya mengalir. Riak wajah masih tidak memaparkan sebarang perasaan.

" Sepanjang hidup aku, aku banyak buat orang menangis sebab aku. Aku tak boleh nak bahagiakan orang. Aku tak layak jadi kawan korang. "

Nash sudah terdiam tanpa kata kata, begitu juga Luke. Masing masing tidak mampu untuk bersuara, menceriakan situasi.

" Aku hidup cuma bawak bahaya dalam hidup korang. Ramai yang menderita sebab aku. Bila aku tahu kita akan berlawan lagi. Itu masanya untuk aku mati, Alanstia akan aman balik. Mungkin akan amik masa tapi lama lama korang akan hidup bahagia, lupakan aku jugak. "

" Tapi aku tak sanggup. Aku tak sanggup nak tinggalkan korang. Aku tertanya, apa yang akan jadi lagi nanti. Kita akan gelak sama sama lagi ke? "

" Aku nampak harapan yang korang letak. Aku nampak happynya Fawn nak tunggu semua ni tamat. Jadi aku tak sanggup. "

Lena dan Riana tidak mampu mendengar lagi, mereka terus berlari keluar.

Namun Nash yang berada berdekatan dengan pintu, menahan mereka. Memaksa mereka untuk terus mendengar.

" Aku nak mati tapi aku tak nak mati. Aku nak terus dengan korang lagi. "

Dawn sudah terduduk, longgar lututnya mendengar kata kata Sya itu.

Ariella yang berada di atas pokok berdekatan dengan bilik itu mengalirkan air mata. Sayapnya dibuka luas lalu terbang ke langit dengan kelajuan penuh.

" Luke, kau menangis ke sial. " Nash tertawa kekok walhal matanya juga sudah berair. Luke turut tertawa.

" Sya, kalau kau mati. Aku tak kan maafkan kau seumur hidup aku! " Zein bersuara dengan tegas. Namun, dibalas dengan senyuman paling ikhlas Sya.

" Violet, Kris hilang ingatkan. Tolong dapatkan ingatan dia. "

Violet mengangguk perlahan. Octariusnya ditiup perlahan. Untuk pertama kalinya, mereka merasakan bunyi Octarius itu berbeza dengan sebelumnya.

" Abang... "

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now