34 | Siblings Bonding

2.4K 172 5
                                    

" Sya, kau kena pergi bandar. Ada sesuatu yang kau patut tengok. " Sya menerima arahan daripada Violet melalui telepati. Dia memandang ke arah mereka semua.

" Jom, gerak sekali. "

Kesemua mereka yang tinggal menuju ke bandar bersama sama termasuk Sya dengan memakai kerudung yang menutupi hampir seluruh mukanya.

Ternganga Nash apabila melihat orang bandar sedang sibuk membersihkan bangkai beast yang bergelimpangan disitu. Mata Sya meliar mencari kelibat Violet dan Ariella untuk mendengar penjelasan mereka.

" Hye. " Tegur satu suara. Lantas mereka memalingkan muka untuk menghadap tuan empunya suara.

" Violet, apa jadi? "

" Beast serang tempat ni. Aku syak ni mesti angkara Kai memandangkan dia tau kita semua akan berperang dengan dia jadi dia ambil kesempatan serang bandar. " Terang Violet.

" Tapi korang dua je ke yang lawan dengan beast ni? Tak lah, banyak kot. " Ujar Luke seakan tidak percaya dengan apa yang dilihat.

Agak sukar untuk percaya apabila dua orang mengalahkan beast yang banyak dalam masa yang singkat.

Violet tergelak kecil mendengarnya, " Tak lah, bukan kitaorang je. Ada yang tolong. " Violet menunjukkan ke arah seorang wanita dan jejaka yang nampak sibuk berbincang dengan Ariella.

" Kak Rai dengan Ash. "

Sya melambaikan tangannya apabila Ash memandang mereka. Senyuman manis diberikan oleh Ash sebelum menuju ke arah mereka semua.

" Nampak macam dah ada orang semakin berani nak tunjukkan diri. " Usik Ash. Sya yang sedar dirinya diperkatakan, mencebikkan bibir.

Raisya yang berada di belakang Ash terus meluru ke arah Sya lalu memeluknya. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia sedang risau.

" Kak, Sya okay je lah. " Bisik Sya perlahan. Risau jika ada penduduk di sini mendengarnya sekali gus akan membongkarkan identitinya.

" Macam mana kakak boleh ada dekat sini? " Soal Sya hairan. Setahu dia, Raisya dan Ash langsung tidak diberitahu tentang perkara ni.

" Dawn. " Ujar Ash sepatah. Nash dan Luke berpandangan sesama sendiri apabila tiada seorang di antara mereka yang bertanyakan tentang identiti Dawn.

Sya pula tergelak kecil. Si penyelamat ' misteri ' Dawn gadis putih.

" Siapa Dawn? "

Kesemua mata menumpu ke arah Nash dengan muka yang tidak percaya.

" Kau tak kenal Dawn Nash? " Olive menyoal Nash lalu memandang Arean yang ternganga akibat terkejut.

" Luke pun sama. "

" Sedih hidup kau. " Adam tertawa lalu mengesat air matanya.

" Belum lagi lah tu. " Sya bertindak untuk meredakan keadaan. Kesian melihat Nash dan Luke yang dibuli itu.

" Nash, tolong aku!! " Jelas kedengaran di telinga Nash suara Luke meminta tolong. Menyedari hanya dia sahaja disitu, dia terus meluru ke arah suara itu.

Hutan diterjah, Luke dipanggil beberapa kali dengan harapan dia menyahut.

" Nash, aku kat sini!! "

" Luke, tunggu aku!! " Larian Nash semakin laju. Suara Luke juga semakin bergema di telinganya.

" Mana Nash ni? " Ujar Luke setibanya dia di tempat yang perlu dijaga Nash.

" Luke, tolong aku!! " Jeritan suara Nash mengejutkan Luke yang sedang membebel itu.

" Nash? " Mata Luke meliar sekeliling mencari kelibat Nash.

" Luke, tolong!! " Jeritan Nash semakin meronta ronta meminta tolong.

" Nash, bertahan. "

" Luke? " Nash cuba memanggil Luke. Dia sedar kini bahaya boleh menyerangnya bila bila masa saja. Keseorangan di hutan bukanlah pilihan yang bijak.

Nash tersenyum sinis memandang kelibat dihadapannya sekarang. Pedangnya lantas diseru.

" Begin. "

Uncontrobler Power 2 √Where stories live. Discover now