3 💕

2.5K 317 112
                                    

Pada jam 6 petang , Doyoung menunggu Ten dihadapan rumah. Tak sabar nak update supaya peminat dia dapat tengok aktiviti hariannya.

Mestilah nak dapatkan pujian sebab rajin pergi bazar.

Dia dan Ten melangkah ke bazar. Dalam 20 minit , akhirnya tiba dibazar. Tanpa membuang masa , serentak mereka mengeluarkan telefon bimbit.

" Hello guys , kita tengah cari makanan untuk berbuka. " Doyoung bersuara sebaik saja , butang ig story ditekan.

Dia mengambil video juadah yang dijual dibazar tersebut.

Setelah merakam , dia mula menaip caption.

' Nyam nyam , dapnya 😋 '

Kemudian , dipost di ig storynya.
Selang beberapa saat, ramai yang menghantar mesej kepadanya.

Sudah pasti dia kembang semangkuk ramai yang cuba menarik perhatian dia dengan mesej Doyoung.

Nak jadi makwe baru mungkin.

" Reā pị tlādnạd deụ̄xn rxm ḍxn reā mā dū kạn ẁā mī xāh̄ār xarị b̂āng " Ten menjadi tumpuan ramai apabila dia membuat ig live sekali lagi.

" Gila ke apa ? Budak zaman sekarang , semua benda nak masukkan dalam media sosial. " Ten sekadar memandang kearah kanannya. Dua orang makcik dihadapannya mengutuk perbuatan dia.

" R̂ān s̄wd x̂xnwxn k̄heā pid tæ̀ neìn ( doa kedai dia cepat tutup baru tahu. ) " Ten menjeling.

Dia memandang kearah komen ig live , ada komen yang menarik perhatiannya , 

" tak baiklah , Ten 😂 "

Dia ketawa sendirian. " Sorry , kita bukan apa , kita geram. " Buat kali pertama , dia tidak berkomunikasi dalam Thai.

alhamdulillah.

" Doyoung just beli ... roti john , murtabak , air milo , teh tarik and ... sirap bandung. Cause rumah Doyoung ada 9 orang lelaki tinggal dekat dalam rumah tu. So agak ramai , and diorang semua banyak songeh. "

Dia post lagi ig story dia.

" Ten , dah jom. " Doyoung mengajak Ten pulang.

" Alah , kejaplah. " Ten masih tidak berpuas hati. Matanya masih tertumpu pada sotong goreng tepung yang baru saja diangkat keluar dari minyak panas.

Waduh , sedapnya !

"  Sotong goreng ni bagi tiga batang. Ayam gunting tujuh ringgit. " Ten hanya memandang pergerakan peniaga yang laju membuat kerja.

" eh , banyaknya ! Siapa nak habiskan ? "

" Akulah. Kita bukan serumah pun. Sihuk macam kita serumah kenapa ? " Ten menyoal kembali.

" Tak adalah , kau tu dari raya pertama lagi sembang boleh habiskan makanan. So , nak pastikan kau ni jujur ke tak. " Doyoung memerli.

Namun perliannya tidak diendahkan Ten apabila plastik makanannya berada ditangannya ,

" YASSS !!! "

--

Sementara itu , Jungwoo yang berada didalam bilik , sibuk melipat kain.

" Jungwoo ! " Taeyong masuk kedalam biliknya tanpa mengetuk mahupun memberi salam.

" Eh , Ya Allah tak siap lagi ke lipat baju ? Dari pagi tadi kot kau melipat. " Taeyong menyoal.

Jungwoo tersenyum tersipu malu ,

" nak lipat baju , kena kemas-kemas. Rimas tengok berterabur dekat almari tu. " Jungwoo menjawab , rambut diselitkan ditepi telinganya.

NCT SAMBUT RAYA Where stories live. Discover now