💖 15

1.3K 221 73
                                    

" Langsir I dah tukar. Alas meja dah tukar baru , sofa dah tukar , pinggan mangkuk set baru dah beli. Oh my god ! Raya yang indah tahun ini ! "

Dengan gedik-gedik , suara Taeyong memecahkan kesunyian pada waktu petang.

" Eh. " Taeyong baru saja perasan sesuatu. " Mana pula semua orang dalam rumah ni ? Dah mati ke ? " Taeyong melilau disekeliling rumah.

" Kids~ where are youuu ? " Panggil Taeyong. " Sinilah " Suara itu menyahut dari dapur. Segera Taeyong melangkah kedapur.

"Ahaaaaaa.. " Suka betul dengan pemandang tersebut , Taeyong bercekak pinggang melihat Johnny , Jaehyun, Taeil dan juga Mark sedang mengupas bawang.

" Abe abe sado tolong kita kupas bawang ya ? " Taeyong menghampiri mereka. Sambil duduk bersimpuh disebelah mereka , dia memerhati mereka berempat mengupas bawang.

" Nak kupas bawang banyak sangat ni kenapa ? Buat kenduri ? " Johnny bertanya. " Kita ada banyak menu nak kena buat ya , encik Johnny. " Taeyong  berkata. " Ini banyak sangat. Kita 10 orang je dalam rumah ni. " Johnny mahu membebel.

" Tapi esok nak raya , hengko tak nak aku masak rendang ke ? " Taeyong bertanya. " Bukan tak nak, tapi menu yang kau nak masak ni banyak sangat. " Johnny membalas.

" Esok nak raya. Jadi kita kena prepare ! Esok pagi siapa kena masak ? Aku jugakkan ? Siapa nak sambut tetamu ? Aku jugakkan ? Siapa nak bagi duit raya dekat budak budak lepas solat sunat hari raya ? Aku jugakkan !? Tolong jelah aku masak.

Aku hari-hari masak untuk korang , dengan penuh kasih sayang , aku minta tolong kemas rumah , masak nasi , kupas bawang potong sayur pun korang dah bising. Macam ni ke korang balas budi aku yang sentiasa pastikan perut six-pack korang tu sentiasa terisi dengan makanan ? "

Taeyong mengelap air mata menggunakan kain berhampiran.

" Tu kain buruk , hyung. " Jaehyun menegur , langsung Taeyong mencampak kain tersebut sehingga terkena pada wajah Taeil.

" Tak apalah. Kalau korang tak nak tolong , aku redha. Biarlah aku siapkan semua ni seorang-seorang. " Taeyong berlari masuk kedalam biliknya.

" Aduh , kau buat apa lagi ni ? " Taeil bertanya pada Johnny. " Eh betullah aku cakap. Kita kena masak mi bandung , rendang daging , bihun sup. Tu baru esok. Tu raya pertama, raya kedua aku tak sebut lagi menu tau. " Johnny membalas.

Taeil memandang Jaehyun dengan riak wajah tak percaya. " Ni baru raya pertama ? " Taeil bertanya. Jaehyun mengangguk. " Astagfirullahalazim. " Taeil menggelengkan kepalanya.

" Malam esok kena get ready nasi daging , air asam , dengan laksa. " Jaehyun berkata. Mark hanya senyap , menyesal betul dia rela hati nak tolong Taeyong.

" Dah tu kita nak stop ke , biar dia buat semua ni ? " Jaehyun bertanya.
" Kau nak dengar dia bebel cerita pasal si tanggang disumpah menjadi batu ke ? " Johnny bertanya kembali.

Laju mereka menggeleng. " Dia tu kalau mengungkit, bukan setakat tanggang , batu belah batu bertangkup pun dia sebut. Tu aku tak sebut lagi cara dia menangis tepi sofa macam kena dera dengan laki dia. " Johnny berkata.

Tergeleng-geleng kepala mereka yang mendengar. " Aku tak tahulah nasib kita jadi macam ni. Kalau tidak aku kena bincang dengan dia. " Johnny berkata.

" Hyung , baik hyung bincang dengan dia. Yang lain semua dah macam patah pinggan semua mengemas , nak masak , esok malam nak kena masak lagi. Ni baru kupas bawang. Hyung tak tengok Jeno , Jaemin , Haechan dengan Chenle sibuk anyam ketupat dekat depan rumah.

Banyak hyung. Dengan nak kena rebus banyak banyak nanti. Tak ke gila ? " Mark mengadu pada Johnny.

Johnny mengangguk.

Johnny bangun , menghampiri bilik Taeyong. Melihat Taeyong yang memeluk diri sendiri dihujung katil.

" Dahlah , tak ada siapa pun nak pujuk kau pun kalau dah jadi macam ni. Semua orang penat kau tau kan ? " Johnny bertanya.

Taeyong hanya berdiam diri , dia masih dalam mood merajuknya. " Kau kenapa ? " Johnny bertanya. Sambil merenggangkan badannya dia bertanya pada Taeyong.

" Yelah , akukan menyusahkan semua orang dalam rumah ni. Minta tolong sikit je , semua dah kata patah pingganglah , patah kakilah , patah hidung apa semua. " Katanya.

" Okaylah , kalau kau rasa kenapa diorang cakap macam tu ? " Johnny bertanya. " Sebab aku suruh diorang masak banyak-banyakkan ? "

" Haaa tahu pun. Apa kata esok punya menu , kita buat sederhana je. Kita beraya dekat kampung , bukannya dekat stadium bola sepak. " Johnny berkata.

" Tapi kita kena kalahkan rumah sebelah , mesti diorang plan nak kalahkan menu aku. Yelah , akukan johan dalam pertandingan memasak dekat kampung ni. So dia dengki, nak kalahkan aku. Dia mesti nak dapatkan perhatian penduduk kampung ni. "

Katanya dengan beria. Johnny hanya menggelengkan kepala. " Okay antara mee bandung , bihun sup dengan rendang daging. Buang satu menu. Kita tak boleh masak banyak sangat , Taeyong. "

Taeyong mencebik. Dia mula dengan lakonan teresak-esaknya. " Suka hati koranglah ! Korang tak nak tolong aku ! " Mulalah drama murahan Taeyong sekali lagi.

" Aku tak peduli kau nak nangis sampai terberanak sekalipun. Buang salah satu menu. Muktamad. " Johnny segera melangkah keluar dari bilik Taeyong.

" SEMUA TAK SAYANG AKU , SEMUA MEMANG BENCIKAN AKU ! BENCI KORANG SEMUA , AKU NAK LARI DARI RUMAH !! "

Ah , sudah drama sungguhlah Lee Taeyong ni.

NCT SAMBUT RAYA Where stories live. Discover now