💖 14

1.4K 215 27
                                    

Jam 4:30 pagi , seperti biasa Taeyong akan bangun dan masak. Johhny dan Yuta akan bangun jam tepat pukul lima pagi untuk mengejutkan yang lain.

Namun , tepat jam lima pagi , Johnny dan Yuta bangun dari katil dan melangkah keluar dari bilik.

" Eh ? " Yuta melihat meja makan mereka. " Astagfirullahalazim. " Johnny tak percaya apa yang dilihat mereka.

" Bangun ! Bangun sahurlah pandai ! " Yuta menampar pipi Jungwoo. " Apa ni ? Kejutlah elok-elok ! " Jungwoo marah ,

" Aku ni tak boleh nak berelok sangat dah ni. Taeyong nak kita makan besar. " Jungwoo memandang wajah Yuta , makan besar tapi muka monyok je. Apahal ?

Jungwoo bergegas bangun untuk ke bilik air untuk cuci muka manakala Yuta pergi ke bilik sebelah. Bilik Mark dan juga Jaehyun.

Niat nak terjah terus tapi mereka berdua kunci pintu. Yuta berdecit. Pagi-pagi dah buat ada darah tinggi.

Yuta mengetuk bilik mereka berdua serentak memandangkan bilik mereka sebelah-sebelah.

Tak lama kemudian , mereka keluar. Doyoung dan Taeil masing-masing menumpang bilik Mark dan Jaehyun.

" Ini dah kenapa korang dua menumpang bilik orang ni ? " Dia bertanya. " Takut , semalam tengok cerita pusaka. Aku tak boleh tidur. Tu aku tumpang bilik Mark. " Taeil menjawab.

" Dahlah , pergi cuci muka masing-masing. Banyak makanan nak kena habiskan " Berkerut dahi mereka semua.

Tanpa bertanya , segera mereka melangkah bilik air , namun mereka akan melalui meja makan terlebih dahulu.

Mark terhenti sebaik saja melihat sesuatu diatas meja. Dari hujung sampai ke hujung dia memerhati. Laju dia menoleh kebelakang.

Taeyong yang duduk dimeja makan direnung mereka. Biar betul Taeyong hyung ni ?

Jungwoo yang baru keluar dari bilik air itu , menghampiri meja makan.

" Oh no ! " Jungwoo terperanjat melihat meja makan.

PENUH MAGGI !

" Aku nak habiskan stock maggi ni. Mari kita habiskan okay ? " Taeyong bersuara. Jungwoo menggelengkan kepala. " Kalau kau tak nak makan , kau sahur minum air je. " Taeyong menambah.

Jungwoo mengetap bibirnya , sedih betul kena makan maggi pagi-pagi ni. Dahlah banyak !

Jungwoo duduk ditempatnya. Memandang Taeyong. " Biar betul kena habiskan ? " Taeyong mengangguk. " Aku tak ada mood nak masak grand grand so aku masak yang termampu je. Maggi. Alah , favorite semua orang. Nak nak pula maggi kari. Makan jelah. "

Taeyong bersuara. Sambil mengisi mangkuk yang lain dengan maggi.

" Kenapa tiba-tiba je ? " Doyoung menyoal sebaik saja dia duduk. " Sebab korang beli maggi dari abad keberapa tah , lepas tu tak makan. Kan membazir. Kita habiskan stock maggi ni , berbuka nanti korang dapatlah makan nasi. "

Taeyong membebel panjang. Doyoung mengeluarkan telefonnya , dia buat boomerang , menangkap gambar dia bakal bersahur dengan maggi je.

Tak lupa menulis,

Last sahur makan maggi je 😭

" Siapa tak makan , badan dia aku buat jadi rendang esok. " Taeyong bersuara. Semua memandang wajah masing-masing. Nak tak nak terpaksalah mereka makan.

Nak tak nak kenalah jamah sebanyak mana mereka mampu.

" Adehhhh, laparlah pulaaa. " Johnny merungut. Makan maggi banyak mana pun , sampai bila boleh bertahan ? Dia perlukan tenaga yang banyak untuk buat kerja.

Tapi disebabkan makan maggi saya , banyak mana pun dia tetap lapar. " Haa kau kenapa , Jani ? " soal Pak Kodi.

Walaupun dah bekerja dengan Johnny beberapa tahun , masih menyebut nama Johnny salah. " Tak adalah , lapar. Entah kenapa hari ni penat semacam. " Johnny bersuara.

" Abang Johnny. " Johnny menoleh.
" Eh , Ayu. " Johnny mula tersenyum , tersengih sengih macam beruk.

Ayu , anak buah makcik Leha , yang jadi kegilaan Johnny sejak akhir-akhir ini. " Abang Johnny , ni makcik Ayu masak makanan lebih. Dia suruh bagi dekat Abang Johnny. "

Mangkuk tingkat milik Ayu bertukar tangan. Malu-malu Johnny melihat mangkuk tingkat tu.

" Terima kasih , susah susah je Ayu bawakan untuk abang. "

Alahai , geli betul kita yang mendengarnya. " Ayu , datanglah rumah abang raya nanti. " Johnny tersipu malu berkata pada Ayu.

" Bolehlah kita– "

" Haaa bolehlah apa ? " Sampuk satu suara. Laju saja Johnny menoleh , melihat Taeyong yang berdiri tegak bercekak pinggang memandang mereka berdua.

Ayu meminta izin untuk pergi.

" Alah , kacaulah kau ni. " Johnny bersuara. " Heh , kau syok dengan perempuan tu ke ? " Taeyong bertanya. " Tak adalah syok mana pun. Biasalah depan perempuan , kena tunjuk manis. "

Taeyong mengangguk ,

" Kau pun satu , asal pakai kain batik macam ni ? Buat malu aku kau tahu ? "

Taeyong mengerutkan dahi. " Asal pula ? Class apa pakai kain batik ni ? " Taeyong memandang dirinya yang memakai kain batik.

" Masalahnya kau tu jantan. Pakailah kain pelikat. " Johnny membalas.

" Heh , tak kuasa aku. Aku suka corak bunga bunga sikit , salah ke aku pakai ? " Taeyong masih pertahankan diri dia. " Maleh aku nak layan , aku nak masuk kedai jap. " Taeyong baru saja mahu melangkah , Johnny sudah menarik kembali tangan dia.

" Apoooo lagi kau nak nihhh ? " Taeyong bertanya , nak beli barang pun tak senang. " Nah , ni kakak ipar kau bagi makanan sikit , nak buka puasa. " Johnny menghulurkan mangkuk tingkat pada Taeyong.

Taeyong memandang Johnny bergilir-gilir dengan mangkuk tingkat tersebut.

" Kakak ipar aku ? " Johnny mengangguk.

" Eh , kau ingat Ayu tu umur berapa ? " Taeyong bertanya. Johnny mengerutkan dahi. " Ayu tu sekolah pun tak habis lagi , kau dah menggatal dengan dia. Sedo diri tu sikit. " Taeyong bersuara.

" Alah Intan Ladyana dengan Haris Alif tu elok je bercinta , beza umur 17 tahun pula tu. " Johnny tetap pertahankan cintanya.

" Itu artis dengan artis , kau ni apa ? Duit pun tak ada , ada hati nak mengorat anak dara orang. Kalau aku , aku pun tak sudi tau. " Taeyong berkata.

" Eleh , kata orang. Kau yang selalu ambil duit aku tu apa cerita ? " Johnny bertanya. " Alah , lepas ni kau tak payahlah risau. Lepas ni aku ada duit sendiri. Setakat duit kau tu boleh bayarlah. "

Sembang kencang Taeyong sekarang ni. Taeyong mengambil mangkuk tingkat itu. " Jangan risaulah ye , aku bawa balik ni , kita makan sama-sama okay ? " Kata Taeyong.

Dia melangkah masuk kedalam kedai. Meninggalkan Johnny sendirian diluar kedai.

Johnny terfikir sebentar. " Miskin sangat ke aku ni ? " Soalnya sendirian.

" Miskin. " Johnny menoleh kearah kedai. Tajam betul telinga Taeyong. Serta mulutnya tak boleh bawa bincang.

Taeyong memang , sekali buka mulut , memang rasa nak bagi tangan dekat pipi tu.

NCT SAMBUT RAYA Where stories live. Discover now